Perjalanan Berakhir Buat 4 Peserta, Top 10 CSOIAM Bersedia Hadapi Cabaran Baharu!

Program realiti Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) sekali lagi mencetuskan perbualan hangat dengan konsep penyingkirannya yang tegas dan dramatik. Selepas menggegarkan minggu pertama, pentas CSOIAM diteruskan dengan aksi Top 14 yang menakjubkan. Namun, minggu kedua berakhir dengan suasana suram apabila empat peserta – Trio XL, Dhania, Erfarina, dan Aniq Iffat – terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas.

Meskipun persembahan mereka mendapat komen positif daripada juri, persaingan sengit dalam kalangan peserta lain yang sama hebat menjadi faktor utama penyingkiran mereka. Keempat-empat peserta menunjukkan dedikasi tinggi serta bakat yang patut dipuji, membuktikan semangat juang mereka di tengah cabaran pertandingan.

Malam minggu kedua menyaksikan semua peserta memberi yang terbaik dalam menyampaikan tugasan lagu masing-masing. Salah seorang yang paling mencuri perhatian adalah Marygrace, yang berjaya memukau penonton dengan persembahannya menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah. Walaupun menghadapi cabaran memahami maksud lirik puitis lagu tersebut pada awalnya, Marygrace berjaya menyampaikan emosi mendalam dengan versinya sendiri, mendapat pujian daripada juri dan penonton.

Gelaran peserta paling ‘FIZZ’ minggu ini pula dianugerahkan kepada Jimi selepas tampil bertenaga dengan lagu Di Penjara Janji. Persembahannya yang penuh tenaga dan keaslian pada nada rendah memukau semua pihak. Gelaran ini memberi peluang eksklusif buat Jimi untuk berduet dengan penyanyi dan komposer terkenal, Aina Abdul, dalam cabaran minggu hadapan.

Minggu ketiga bakal menyaksikan tema baharu, “Rasa Paling Indah”, dengan baki 10 peserta – Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, Dayangku Iffah, Hafiz Zainal, dan Eylia Guntabid – bersaing untuk terus mara. Jangan lupa, kuasa untuk menentukan nasib mereka terletak 40% pada undian penonton, manakala 60% lagi di tangan juri profesional.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad jam 9.00 malam, atau strim dalam HD melalui Tonton. Anda juga berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 hanya dengan mengikuti program ini setiap minggu!

Selain itu, rasai keterujaan di belakang tabir melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu jam 9.00 malam, membawa anda lebih dekat dengan perjalanan peserta. Ikuti perkembangan terkini melalui media sosial rasmi di @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk menyertai fenomena luar biasa ini!