Dalam hanya tujuh hari lagi, HONOR akan melancarkan telefon pintar flagship terbaharunya, HONOR Magic7 Pro, yang dikuasakan oleh teknologi AI canggih. Pelancaran rasmi peranti ini dijadualkan pada 9 Januari 2025, dan sebagai persediaan awal, orang ramai kini berpeluang menjadi antara yang pertama memiliki telefon pintar berteknologi AI ini melalui tawaran pembelian awal Early Bird Special yang bermula dari hari ini hingga 8 Januari 2025. Untuk menikmati tawaran eksklusif ini, pembeli hanya perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM200.
Sebagai sebahagian daripada tawaran Early Bird Special, pembeli akan menerima hadiah bernilai RM2,096 yang merangkumi HONOR Watch 5, HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, Jaminan Tambahan Setahun, serta Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari. Tidak cukup dengan itu, pembeli juga akan menikmati rebat segera sebanyak RM200 apabila membuat pembayaran penuh.
Pembeli yang memilih untuk membeli dalam tempoh Early Bird Special akan dapat menerima HONOR Magic7 Pro mereka lebih awal daripada jualan rasmi pertama. Telefon pintar ini akan tersedia untuk pengambilan pada 9 Januari 2025, mulai jam 5 petang. Ini bermakna para pembeli dapat menikmati ciri-ciri AI canggih dan prestasi telefon yang dinaik taraf lebih awal daripada orang lain.
HONOR Magic7 Pro bakal hadir dengan pilihan storan ultra besar 512GB dan 1TB untuk menampung pelbagai fail dan aplikasi tanpa batasan. Selain itu, telefon pintar ini akan ditawarkan dalam tiga warna premium, iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black, memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mementingkan gaya dan prestasi.
Para peminat dan pengguna boleh membuat tempahan HONOR Magic7 Pro melalui HONOR Store di seluruh negara, kedai dalam talian rasmi HONOR Malaysia, serta platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan melalui pengedar sah seperti Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro, pengguna boleh melayari laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.