SAJI RAYAKAN RASA 2025
Sempena ulang tahun ke-25 sebagai Teman Kulinari rakyat Malaysia, FGV Holdings Berhad (FGV) melalui jenama SAJI melancarkan Kempen SAJI Ramadan Raya 2025 bertemakan “SAJI Rayakan Rasa”. Kempen ini bukan sekadar menampilkan kelazatan hidangan Aidilfitri, tetapi juga mengangkat emosi, kenangan, dan nilai kasih sayang yang menyatukan setiap detik perayaan.
Filem Pendek Raya: Nas Si Goreng
Sebagai kemuncak kempen, SAJI mempersembahkan filem pendek Raya berjudul “Nas Si Goreng”, yang dilancarkan secara rasmi pada 21 Mac 2025 dalam majlis berbuka puasa di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Sinopsis
Filem ini mengisahkan Anas, seorang pemuda yang membesar dengan menyaksikan kasih sayang ibunya melalui masakan. Selepas kehilangan ibu tercinta, dia bergelut dengan kesedihan dan mula “menggoreng cerita” untuk mengisi kekosongan di hatinya. Filem ini mengetengahkan perjalanan emosi, erti kasih sayang, serta kepentingan meneruskan warisan keluarga melalui masakan.
Filem “Nas Si Goreng” menampilkan Fadhli Masoot sebagai Anas, pemuda yang bergelut dengan kehilangan ibunya. Nabila Huda memegang watak Anisa, sementara Liza Abdullah membawa peranan sebagai ibu yang penuh kasih sayang, menjadi tunjang utama dalam perjalanan emosi Anas.
Filem ini mengangkat tema kenangan, kasih sayang, dan penyembuhan, selari dengan semangat “SAJI Rayakan Rasa” bahawa setiap rasa, sama ada di lidah atau di hati, mencipta kenangan yang bermakna.

Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr. Suzana Idayu Wati Osman, berdiri di posisi keempat paling kiri dalam barisan tetamu di atas pentas.
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR): SAJI Seikhlas Hati
Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, SAJI meneruskan komitmennya membantu masyarakat menerusi program SAJI Seikhlas Hati. Seramai 20 anak yatim diraikan dengan sumbangan Aidilfitri bernilai RM300 serta hamper SAJI. Sejak 2023, program ini telah memberi manfaat kepada hampir 3,000 golongan asnaf. Selain itu, 80 pelajar asnaf menerima bantuan kelengkapan persekolahan melalui program “Back to School”. Menjelang Aidilfitri, SAJI turut menyumbang kepada 200 golongan asnaf di Kuantan serta menyediakan RM10,000 bagi membaik pulih rumah mangsa ribut.
Kolaborasi Eksklusif SAJI
SAJI memperkukuh keterlibatan dalam industri F&B dan hospitaliti melalui dua kolaborasi utama. Bersama SERI PACIFIC, SAJI mempersembahkan 18 video resipi eksklusif oleh chef terkemuka, menampilkan juadah berbuka dan sahur menggunakan produk SAJI. Sementara itu, kerjasama dengan Serai Group menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk menikmati jamuan rumah terbuka eksklusif di Restoran Serai bernilai RM4,000.
Pencapaian 25 Tahun SAJI
Sejak diperkenalkan pada tahun 2000, SAJI telah berkembang menjadi jenama minyak masak No.1 di Malaysia dan menembusi pasaran 13 negara. Kejayaan ini diiktiraf melalui pelbagai anugerah berprestij, antaranya persijilan MSPO, Reader’s Digest Trusted Brands Platinum Award 2024, serta Kantar Brand with Most Incremental Shoppers 2023. Filem pendek SAJI turut meraih Gold Award di Kancil Awards 2024 dan beberapa pencapaian di Kancil Awards 2025, termasuk Silver Award dalam kategori Filem (Online) Single. Selain itu, SAJI turut dianugerahkan Giant Supplier of The Year 2022, Fastest Growing Brand of the Decade 2022, Best Brands Sustainable Business & Brands Inspiring Achievement Award, serta SME 100 Sustainable Brand Award 2021, mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama dipercayai rakyat Malaysia.
Peraduan SAJI Rayakan Rasa
Pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai RM50,000 dengan hanya membeli produk SAJI, SERI PELANGI atau PREMEO bernilai RM25 ke atas dan menghantar bukti pembelian melalui WhatsApp ke +6011-5118 3825.
Saksikan “Nas Si Goreng” dan ikuti kempen ini di @sajimalaysia di Facebook, Instagram, TikTok & YouTube.