Naik Taraf Hebat HONOR Magic V5: Kini Lebih Canggih, Hadiah Eksklusif Menanti

HONOR kembali mencipta sejarah dalam dunia teknologi mudah alih apabila secara rasmi melancarkan HONOR Magic V5, telefon boleh lipat paling nipis di dunia. Dengan ketebalan hanya 8.8mm dalam mod lipat dan 4.1mm apabila dibuka, HONOR membuktikan keupayaannya dalam mencipta reka bentuk yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga sarat dengan inovasi terkini.

Menariknya, meskipun tampil dengan peningkatan dari segi perkakasan dan perisian, harga HONOR Magic V5 masih kekal pada RM6,999, menjadikannya antara telefon boleh lipat paling berbaloi di pasaran Malaysia ketika ini. Untuk pengguna yang membuat pra-tempahan sehingga 24 Julai 2025, mereka akan menerima pembesar suara premium Harman Kardon Onyx Studio 9 bernilai RM1,299 serta servis perlindungan tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan hadiah mencecah RM3,497.

Bukan itu sahaja, HONOR turut memperkenalkan program tukar beli yang memberikan rebat tambahan RM400 apabila pelanggan menukar peranti lama mereka. Tawaran ini boleh didapati di semua HONOR Experience Store dan rakan niaga terpilih seperti Maxis, Senheng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman. HONOR juga menawarkan pelan ansuran 24 bulan tanpa faedah, dengan bayaran serendah RM292 sebulan.

Di sebalik reka bentuk ultra-nipisnya, HONOR Magic V5 tidak berkompromi dari segi prestasi. Ia diperkasa oleh pemproses Snapdragon 8 Elite yang menjanjikan pengalaman penggunaan lancar dan pantas, selain bateri Silikon Karbon 5,820mAh yang tahan lebih lama. Untuk pencinta fotografi, peranti ini hadir dengan kamera periskop telefoto 64MP bersama zum digital sehingga 100x, menjadikannya antara telefon boleh lipat dengan sistem kamera terbaik di pasaran.

Paparan Magic V5 juga dinaik taraf dengan perlindungan skrin Anti-calar NanoCrystal dan sistem perlindungan tiga lapis untuk skrin dalaman, memastikan ketahanan terhadap calar dan jatuhan. Engsel yang diperkuat mampu menahan sehingga 500,000 kali lipatan, bersamaan 100 lipatan sehari selama lebih 13 tahun.

Untuk pengalaman lebih pintar dan produktif, HONOR Magic V5 turut memperkenalkan ciri Three Split Screen dan AI Multitugas, membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan secara serentak. Sama ada mencatat nota, menghantar mesej atau menyemak e-mel, semuanya boleh dilakukan dalam satu paparan besar bersaiz 7.95 inci, menyerupai tablet mudah alih.

Pengguna juga akan menikmati paparan 5,000 nits kecerahan puncak, PWM Dimming 4320Hz yang lebih mesra mata, serta penyambungan silang iOS-HONOR menerusi HONOR Connect. Bagi pengguna iPhone, perpindahan data ke Magic V5 juga kini lebih mudah melalui ciri iCloud Cloning.

Tersedia dalam empat warna premium – Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black, HONOR Magic V5 menawarkan storan besar RAM 16GB + ROM 512GB. Untuk maklumat lanjut dan pra-tempahan, layari www.honor.com/my. – Tehtariktimes