Lotus’s Malaysia menyambut ketibaan Ramadan dan Raya dengan pelancaran kempen “Senyuman Paling Bernilai – Serikan Ramadan, Ceriakan Raya”. Kempen ini bermula pada 13 Februari dan akan berlangsung sehingga 16 April 2025, bertujuan memberi peluang kepada pelanggan untuk membuat persediaan lebih awal menjelang bulan puasa yang akan datang.
Dengan mengambil kira perubahan tingkah laku pengguna yang semakin bijak berbelanja, Lotus’s menawarkan penjimatan sehingga 50% untuk lebih 4,500 jenis produk seperti makanan asas, pakaian RAHMAH Raya, barangan rumah, juadah perayaan, serta produk kesihatan dan kecantikan. Pelanggan juga berpeluang menikmati ganjaran menarik termasuk hadiah bernilai sehingga RM1 juta sepanjang kempen.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Lotus’s akan mengadakan Raya World Indoor Bazaar di 37 cawangan seluruh Malaysia, dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sampel produk, demonstrasi memasak, dan peluang memenangi hadiah dengan setiap pembelian. Antara acara yang disediakan termasuk sesi temu dan sapa eksklusif bersama Chef Wan pada 15 Mac 2025 di Lotus’s Shah Alam.
Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM60,000, termasuk sesi memasak eksklusif bersama Chef Wan serta set pembakar Koleksi Raya dan kuali penggorengan dengan pembelian produk Kellogg’s. Selain itu, bagi pembelian produk Nestlé, pelanggan boleh memenangi televisyen PRISM+ 55 inci dan langganan platform penstriman dalam talian.

Lotus’s turut memperkenalkan pertandingan “Tap Tap Ketupat” dengan ganjaran keseluruhan bernilai RM500,000. Ahli My Lotus’s boleh menyertai dengan berbelanja RM120 dalam satu resit dan menghantar resit mereka melalui aplikasi Lotus’s Malaysia untuk memenangi hadiah harian, mingguan, dan utama, termasuk bekalan barangan runcit selama setahun.
Pengguna yang berbelanja menggunakan kad ATM MyDebit di Lotus’s turut berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM470,000. Hadiah utama kempen ini adalah Proton S70 Premium, serta hadiah bulanan duit raya dan baucar Lotus’s.
Kempen ini juga turut menawarkan kejutan kepada pendengar SinarFM yang berpeluang bertemu DJ kegemaran mereka di SinarFM Raya Roadshow. Aktiviti tradisional seperti Batu Seremban dan Bengkel Ketupat akan diadakan di empat cawangan Lotus’s sepanjang bulan Ramadan.
Lotus’s turut menawarkan 18 jenis kurma premium dari negara pengeluar terbaik, selain tawaran menarik seperti MAG Air Fryer, pakaian RAHMAH Raya, serta peralatan memasak dan barangan runcit dengan harga berpatutan.
Kempen ini dilancarkan secara rasmi di Lotus’s Shah Alam dengan acara pertandingan memasak Raya yang bertemakan “Kulinari Tradisi Membawa Senyuman Paling Bernilai”. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, kunjungi halaman Facebook rasmi Lotus’s Malaysia.