Lock Tiket Rockology Sekarang – Bayar 50% Je!

Awie, Rockology Concert Tour 2025 Awie, Rockology Concert Tour 2025

Konsert Rockology Concert Tour 2025 kini menawarkan pelan bayaran mudah di mana peminat boleh membayar separuh dahulu (50%) untuk menempah tiket, manakala baki perlu diselesaikan selewat-lewatnya tujuh hari sebelum konsert. Inisiatif ini bertujuan memberi fleksibiliti kewangan kepada peminat muzik rock tanah air, terutamanya bagi persembahan oleh lagenda seperti Dato’ Awie dan Search (Kid Din). Bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan jika tiket tidak dilunaskan sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.

Konsert ini akan berlangsung di Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun 2025 dan EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai 2025, menampilkan persembahan penuh tenaga dan produksi bertaraf dunia. Penganjur juga membuka peluang kepada penaja korporat dan rakan jenama untuk bergabung dalam promosi dan aktivasi di lokasi konsert, sekaligus mendapat pendedahan luas di hadapan ribuan peminat muzik rock.

Harga tiket bermula daripada RM98 hingga RM350 bergantung kategori dan lokasi konsert. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, kunjungi laman rasmi di https://rpm.ubertickets.asia/. – Tehtariktimes