Tanahair Films Sdn. Bhd., teraju industri yang diasaskan oleh Dato’ Khairul Anwar Salleh dan Adlin Aman Ramlie, mengumumkan penganjuran Konsert Legasi P. Ramlee pada 20 September 2025 di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza.
Konsert berskala besar ini adalah inisiatif kedua Projek Perdana P. Ramlee selepas pelancaran Legasi Podcast, sebagai penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan generasi seniman sezamannya. Persembahan dijangka menggabungkan konsep klasik, kontemporari dan popular dalam bentuk teatrikal dan sinematik.
Empat maestro muzik terkenal Dato’ Ramli MS, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, dan Michael Veerapen akan mengemudi lebih 60 pemuzik orkestra dalam menghidupkan lebih 30 karya agung P. Ramlee secara medley, solo dan duet.

Antara barisan artis yang bakal tampil ialah Dato’ Jamal Abdillah, Datuk Zainalabidin, Ella, Liza Hanim, MimiFly dan Nadeera. Persembahan khas turut disampaikan oleh tiga impersonator terkenal P. Radhi, Danie Hasbullah dan Musly Ramlee dalam gaya ikonik P. Ramlee yang penuh nostalgia.
Dato’ Khairul menyifatkan konsert ini sebagai jambatan seni merentas generasi, manakala Adlin menegaskan pengalaman yang bakal disajikan adalah segar, mengagumkan dan penuh emosi.
Tiket mula dijual 27 Jun 2025 di www.ticket2u.com.my. Ikuti perkembangan lanjut di media sosial @konsertlegasipramlee, @TanahAirFilms dan @legasipodcast – Tehtariktimes