Konsert Legasi P. Ramlee Ditunda ke 2026 – Tapi Comeback Nanti Lagi Gempak!

Acara yang dinanti-nantikan, Konsert Legasi P. Ramlee, kini berubah wajah! TanahAir Films Sdn. Bhd.mengumumkan bahawa konsert yang asalnya hanya persembahan satu malam akan ditunda ke 2026 dan kembali dengan format baharu sebagai sebuah festival seni & budaya bertaraf nasional.

Bukan sekadar konsert biasa, festival ini dijangka tampil lebih meriah, inklusif dan berimpak tinggi dengan sokongan kementerian, penaja korporat serta barisan artis dan pemuzik hebat tanah air.

Menurut Pengarah Eksekutif TanahAir Films, Dato’ Khairul Anwar Salleh, langkah ini bukan saja menghidupkan semula karya agung P. Ramlee, malah membuka peluang besar untuk kolaborasi industri kreatif. Sementara itu, Adlin Aman Ramlie selaku Pengarah Kreatif menyifatkan festival ini sebagai ruang untuk membawa roh dan semangat P. Ramlee lebih dekat dengan generasi masa kini.

Buat pemegang tiket, jangan risau pihak Ticket2U akan hubungi anda dalam masa tiga minggu untuk urusan tarikh baharu, naik taraf atau bayaran balik.

Untuk update terkini & konten eksklusif, ikuti media sosial rasmi @konsertlegasipramlee di Facebook, Instagram & TikTok. – Tehtariktimes