Pertandingan Kilauan Emas 2024 telah memulakan persembahan sulungnya pada 14 September 2024, dengan 12 peserta mempamerkan bakat dalam tema “Yak Yak Yeay Bebas”. Setiap peserta diberi peluang untuk memilih lagu kegemaran masing-masing dalam usaha merebut perhatian juri serta penonton.
Maria Berjaya Meraih Tempat Pertama dan mencuri tumpuan apabila berjaya menduduki tempat teratas dengan markah 75.38% menerusi persembahan memukau lagu ‘Pelesit Kota’ daripada kumpulan Search. Persembahannya mendapat pujian daripada barisan juri yang terdiri daripada Erra Fazira, Roy Azman, serta juri jemputan Datuk Yusof Haslam.
Tidak ketinggalan, Ina yang menyanyikan lagu ‘Cinta’ oleh Pandu Winata, berjaya meraih tempat kedua dengan markah 74.44%. Lebih membanggakan, Ina turut membawa pulang Anugerah Emas Berkilau Of The Week serta hadiah wang tunai RM 1,000.00 sebagai pengiktirafan atas persembahan cemerlangnya.
Selain Maria dan Ina, peserta lain yang tersenarai dalam enam teratas adalah Ron dengan lagu ‘I Wanna Dance With Somebody’ (74.34%), Gie dengan ‘Bila Rindu Ku Sebut Namamu’ (69.20%), Dino dengan ‘Can’t Take My Eyes Off You’ (68.73%), dan Sue dengan ‘Cinta’ (66.13%).
Namun begitu, dua peserta yang berada di tangga terendah pada minggu pertama ialah Sidi dengan markah 62.60% selepas membawakan lagu ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’ oleh M. Nasir, serta Budin dengan persembahan lagu ‘Siapa Di Hatimu’ yang hanya memperoleh markah 43.89%. Kedua-dua mereka berdepan cabaran besar untuk meneruskan perjalanan ke minggu berikutnya.
Ikuti Kilauan Emas 2024 Setiap Minggu dan saksikan Kilauan Emas 2024 yang bersiaran langsung dari Royal Theater Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105). Para peminat juga boleh menonton secara strim menerusi aplikasi Astro GO, On Demand, dan sooka. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siapa yang akan mara ke peringkat seterusnya!