Bunga Citra Lestari (BCL) bersiap untuk kembali menyapa penggemar muziknya dengan penuh keharuman melalui Konsert FARMASI Soundzation, yang dijangka bakal mencipta sejarah tersendiri dalam dunia muzik dan kecantikan di rantau ini.
BCL, yang terkenal dengan lagu-lagu hitnya seperti Cinta Sejati, akan tampil di konsert ini bersama Ghea Indrawari, penyanyi yang mencuri perhatian tahun lalu dengan single Jiwa Yang Bersedih, serta penghibur Malaysia, Elly Mazlein, yang akan mempersembahkan kemahiran menghibur dan berinteraksi dengan audiens.
Menurut Pengarah Projek dan Konsert, Ellie G, Konsert FARMASI Soundzation yang dijadualkan berlangsung pada 30 November di Megastar Arena Kuala Lumpur akan menawarkan pengalaman luar biasa kepada para hadirin. Konsert ini bukan sahaja merangkumi hiburan muzik tetapi juga memberi fokus kepada elemen kecantikan dan pemerkasaan wanita. Penganjuran ini diterajui oleh INT X Group, dengan FARMASI, jenama kosmetik antarabangsa berstatus halal yang berpangkalan di Turki, bertindak sebagai penaja utama. “Konsert ini akan menjadi malam istimewa di mana muzik dan kecantikan bertemu, dan BCL sebagai ikon pemerkasaan wanita dipilih bukan sahaja kerana popularitinya tetapi juga karisma dan keteguhan semangatnya,” jelas Ellie G.
Dengan hampir tiga jam persembahan oleh BCL dan Ghea, yang diserikan oleh Elly Mazlein sebagai pengacara dan penyanyi, malam itu dijangka akan penuh kejutan. Ellie G turut menekankan bahawa selain menikmati hiburan, audiens akan merasai mesej pemerkasaan wanita yang dibawa oleh setiap persembahan. “Ghea merupakan bintang muda yang telah mengukir nama dengan pelbagai anugerah, manakala Elly adalah penghibur serba boleh yang pastinya akan mencipta momen indah dan suasana happening pada malam itu,” tambahnya lagi.
Mengendalikan bahagian muzik dan kreativiti konsert ini ialah pemuzik legenda Malaysia, Man Kidal sebagai Pengarah Muzik, serta Jerry Hend sebagai Pengarah Kreatif. Urusan promosi dikendalikan oleh Mewah Event Management, manakala iLasso Tickets menguruskan penjualan tiket. Ellie G turut menyatakan bahawa konsert ini memberikan dimensi baharu dalam konsep penganjuran konsert apabila kesemua 5,000 audiens layak untuk menyertai cabutan bertuah.
“Konsert FARMASI Soundzation bukan sekadar sebuah persembahan muzik, tetapi sebuah malam penghargaan untuk para penggemar yang setia menyokong industri hiburan tempatan. Bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan bintang Indonesia-Malaysia, tetapi sebuah kereta Bezza juga menanti audiens yang bertuah. Malah, tiada siapa yang akan pulang dengan tangan kosong kerana setiap pemegang tiket akan menerima produk daripada rangkaian kosmetik FARMASI,” jelas Ellie G.
Presiden FARMASI, Emre Tuna, turut menyuarakan rasa terujanya terhadap perkembangan jenama keluarga yang kini berusia 75 tahun ini ke Asia, dengan Malaysia menjadi titik mula. “FARMASI telah berjaya berkembang di 38 negara di seluruh lima benua. Produk-produk kami yang dihasilkan di kilang kami sendiri di Turki — kilang kosmetik terbesar di Eropah — menawarkan kosmetik mewah mampu milik dan halal. Tahun ini sahaja, kami berjaya memasuki pasaran di United Kingdom, Brazil, dan Peru, dan Malaysia amat istimewa kerana ia pasaran Asia pertama kami. Kami optimis terhadap kejayaan FARMASI di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Projek, Datuk Safizan Ikhzani, menjelaskan bahawa Konsert FARMASI Soundzation bukan hanya menjadi platform untuk penghiburan dan kecantikan tetapi juga berpotensi mewujudkan kemasukan pelaburan asing yang memberi impak positif kepada ekonomi Malaysia. “Pemilihan Malaysia sebagai pintu masuk untuk FARMASI menunjukkan potensi besar pasaran ini. Kerjasama antara BCL, Ghea, dan Elly dalam konsert ini adalah langkah sesuai yang seiring dengan misi FARMASI untuk meraikan kecantikan dan keunikan setiap individu,” ujarnya.
Bagi mereka yang berminat untuk menghadiri konsert ini, tiket dijual pada harga RM288 (Silver), RM488 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond), dan RM1,088 (VIP) dan boleh didapatkan di laman web www.ilassotickets.com. Maklumat lanjut mengenai Konsert FARMASI Soundzation boleh diikuti melalui akaun rasmi Soundzation di semua platform media sosial.
INFORMASI
Program Explorasi Usahawan Wanita (EUW) merupakan inisiatif hasil kerjasama antara Koperasi Wanita Malaysia Berhad (WCB) dan FAR Academy dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Program ini turut melibatkan penyertaan beberapa koperasi dan institusi kewangan seperti:
1) Amanah Ikthiar: aim.gov.my
2) Usahanita: usahanita.gov
3) KoPutri: koputri.com.my
4) Kowima: konsortium koperasi wanita malaysia berhad (facebook)
5) Hijrah Selangor: hijrahselangor.com
6) Tekun: tekun.gov.my
7) Angkasa Wilayah & Selangor: angkasa.coop
8) Coop Bank: cbp.com.my
9) Kopsya: kopsya.coop
10) MARA: mara.gov.my
11) KOOP Sahabat: koopsahabat.my
12) WCB: wcbmalaysia.com
Acara istimewa dalam program ini adalah Konsert Farmasi Soundzation, di mana ikon terkenal Indonesia dan Malaysia, seperti Bunga Cinta Lestari, Ghea Indrawari, dan Elly Mazlein akan bersama-sama mempersembahkan tema ‘Gabungan Perpaduan Adunan Muzik dan Kecantikan’. Dijadualkan berlangsung pada November ini, konsert ini bakal menjadi malam ikonik dalam mempromosikan sinergi antara muzik dan industri kecantikan di rantau ini. Selain itu, acara ini turut menawarkan pengalaman berharga dengan fokus kepada pemerkasaan wanita, serta menyediakan cabutan bertuah berupa sebuah kereta Perodua Bezza dan pelbagai hadiah lain yang bernilai, termasuk produk kosmetik, penjagaan kulit, dan nutrisi kesihatan bertaraf antarabangsa daripada jenama Turki, Farmasi.
Kerjasama strategik antara Malaysia dan Turki ini dijangka dapat menarik perhatian media antarabangsa, selain memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama untuk perniagaan dan pelaburan. Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dalam bentuk geran atau pinjaman, program ini membuka peluang luas bagi usahawan wanita Malaysia yang bercita-cita untuk menerokai industri kecantikan di peringkat global, memberikan impak positif kepada ekonomi negara dan membangun profil usahawan Malaysia di persada dunia.