Kenapa Semua Orang Bercakap Tentang Tracie & Jazmy?

#JaCieEffects: Tracie & Jazmy Curi Perhatian Peminat!

Gandingan Tracie Sinidol dan Jazmy Juma dalam drama Hilang Dalam Rindu kini trending di Malaysia dan Indonesia. 100% adaptasi novel, drama ini mengekalkan vibe Wattpad tanpa babak meleret, membuat penonton hanyut dalam kisah cinta tulus.

31,500 naskah novel habis dijual dalam masa singkat, menunjukkan sambutan hangat. Malah, peminat sanggup berjaga hingga jam 5 pagi untuk maraton episod baru!

Tracie dan Jazmy mempamerkan chemistry hebat walaupun baru dalam industri. Babak romantik sederhana mereka cukup buat peminat cair, seakan-akan menyaksikan cinta sebenar. Lakonan Tracie yang sopan dan bijak membawa watak Dira dengan sisi gelap menambah kedalaman karakter.

Reaksi peminat:

  • “Drama ikut novel sepenuhnya. Skrip tepat , Love it!”
  • “Sorry sinetron Indonesia… kita tengok ini dulu ”
  • “BEST GILA! Chemistry Tracie & Jazmy memang padu ”

Saksikan Hilang Dalam Rindu, Isnin–Khamis, 10 malam di Samarinda TV3 atau strim 24 jam lebih awal di Tonton.

-Tehtariktimes