Kehebatan vokal tidak cukup lagi, Lan Solo dan Siti Sairah mencabar diri di dapur

Lan Solo dan Siti Sairah, bukan sahaja mahir beraksi di pentas, kini mereka cabar bakat memasak! Dalam episod akhir Dapur Tempur Selebriti, dua pasangan suami isteri, Seragam Hitam (Lan Solo & Sheila Hassim) dan Dapur Jiran Sebelah Rumah (Siti Sairah & Mohd Edane) bersaing sengit. Mampukah mereka mengatasi cabaran dapur ini?

Episod lalu telah menyaksikan pasukan Double D, pelakon Didie Alias dan anaknya, Nur Diyana dinobatkan sebagai pemenang selepas menerima pujian kedua juri Cef Naem dan Michael Ang dengan masakan mereka “Stroganoff Daging”, sesuatu yang berbeza dan kreatif. Pasukan Double D telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan barangan tajaan Prego selama setahun. Manakala bagi pasukan The Sumandak, penyanyi Wani Kayrie dan ibunya, Mama Kay pula membawa pulang hadiah saguhati berupa barangan tajaan Prego selama tiga bulan.

Pasangan Dapur Tempur Selebriti digemparkan dengan cabaran “Yang Mana Satu?” pada episod kali ini di mana mereka perlu menukar dapur setiap kali juri dan hos membunyikan loceng! Lebih menarik lagi, peserta juga perlu menyiapkan hidangan tanpa mengetahui hidangan mana yang akan dihidangkan kepada juri pada masa terakhir.

Apabila ditemubual tentang kepakaran memasak mereka, Lan Solo berkata, “Selama ni kami berdua masak untuk diri sendiri sahaja. Itu pun bahan mudah untuk digoreng seperti mi segera, sosej dan nugget. Dek kesibukan kerja, saya dan isteri banyak mengharapkan ibu Sheila untuk masak di rumah.”

Siti Sairah pula meletakkan kepercayaan memasak kepada suaminya. Suaminya juga banyak membantu memberi nasihat kepada pasukan Seragam Hitam. Tambah Siti Sairah, “Kebanyakannya suami saya yang akan masak di rumah, tugas saya hanyalah sebagai pembantu di dapur. Kadang-kadang saya hanyalah bantu dari segi lihat dan makan.”

Yakinkah kedua-dua pasangan peserta ini melengkapkan masakan barat mereka di hadapan juri profesional Cef Naem dan Michael Ang? Dan dapatkah pasukan Lan Solo dan isteri Sheila, serta Siti Sairah dan suami, Mohd Edane menampilkan masakan terhebat mereka mengikut tema yang ditetapkan?

Nantikan episod terakhir dan terhangat Dapur Tempur Selebriti ini yang dihoskan oleh Fiza Frizzy pada 9 Disember 2023, Sabtu ini, 8.30 malam di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego sebagai penaja. Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan rasa, persembahan hidangan, kreativiti dan kebersihan. Pemenang minggu ini akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun.

Penonton turut berpeluang memenangi wang tunai RM200 dengan menyertai Peraduan Tonton & Menang untuk kali terakhir melalui tontonan Dapur Tempur Selebriti. Untuk dapatkan maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial. Dapatkan juga perkembangan terkini di www.myresipi.com selaku Rakan Digital Rasmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *