Karnival Jom Heboh Kembali ke Sabah, Penutup Gemilang Siri Jelajah 2024!

Berita baik untuk warga Borneo! Setelah lima tahun menanti, Karnival Jom Heboh (KJH) akhirnya kembali ke Sabah, membawa kemeriahan berganda sebagai destinasi penutup bagi siri jelajah tahun 2024. Bertempat di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah, acara ini akan berlangsung dari 27 hingga 29 Disember 2024 (Jumaat hingga Ahad). Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan hujung minggu penuh keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan!

Sebagai acara ikonik anjuran Media Prima Berhad, KJH 2024 telah menjelajah ke enam lokasi termasuk Sarawak, Putrajaya, Melaka, Terengganu, Pulau Pinang, dan Johor Bahru sebelum berlabuh di Sabah. Diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Acara Padang Paling Lama’, KJH terus mencatatkan kehadiran lebih 300,000 pengunjung di setiap lokasi, menjadikannya acara wajib tahunan untuk rakyat Malaysia.

Sepanjang tiga hari, pengunjung bakal dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya ialah peluang untuk memenangi hadiah eksklusif di reruai seperti Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (NSTP), Hot FM, dan Vocket.

Di booth Studio Tonton Drama Sangat (STDS), para peminat berpeluang bertemu barisan pelakon terkenal seperti Khai Bahar, Reen Rahim, Imran Aqil, Rita Nadira, Nelissa Nizam, Sophia Albarakbah, Sharifah Rose, dan ramai lagi! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai cabutan bertuah dan menangi hadiah utama Samsung Smart TV 65” bernilai RM3,500 hanya dengan mendaftar sebagai ahli baharu Tonton.

Buat julung kalinya, New Straits Times Press (NSTP) bekerjasama dengan Todak menganjurkan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Kejohanan ini menjadi platform untuk pemain e-sukan mempamerkan bakat mereka sambil merebut hadiah menarik daripada Todak. Selain menarik minat generasi muda, kejohanan ini juga bertujuan mengukuhkan penjenamaan NSTP dalam dunia e-sukan.

Lebih 120 reruai jualan turut menyajikan pelbagai tawaran menarik. Reruai daripada jenama terkenal seperti Yaya Empire, F&N, Marigold, dan 4Fingers menjanjikan promosi hebat, manakala KWSP menawarkan perkhidmatan semakan penyata dan caruman secara percuma. Jangan lupa kunjungi reruai institusi kewangan untuk mengetahui maklumat terkini tentang kempen #JanganKenaScam.

U Mobile, penaja utama Konsert Jom Heboh, juga menawarkan promosi menarik seperti pelan U Family 128 yang menyediakan 1,000GB data 5G dan telefon pintar percuma bernilai sehingga RM3,299.

Kemeriahan KJH Sabah akan disempurnakan dengan Konsert Jom Heboh yang berlangsung pada 28 dan 29 Disember. Malam pertama bakal menampilkan artis seperti Floor 88, Bella Astillah, Wani Kayrie, Ara Johari, Marsha Milan, dan Khai Bahar. Manakala malam kedua akan memukau pengunjung dengan persembahan istimewa oleh Hael Husaini, Stacy, Shila Amzah, Ayu Damit, Suki Low, dan Amylee Azizan, termasuk segmen khas alumni One In A Million.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan bakat tempatan melalui program Jom Lokal Jam yang akan berlangsung pada malam pembukaan (27 Disember). Acara ini memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk menyerlah di pentas utama KJH.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, Media Prima turut mengambil inisiatif menyokong rakyat Palestin. Anda boleh menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima melalui akaun Bank Muamalat (1401 0008 8447 15) atau Maybank (5642 7651 0331) bagi membantu komuniti yang terjejas.

Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh meriahkan Karnival Jom Heboh di Kompleks Sukan Kota Kinabalu bermula 27 hingga 29 Disember. Pastikan anda menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini! Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti kami di Facebook dan Instagram (@jomhebohofficial). Gunakan tanda pagar rasmi #KarnivalJomHeboh #TV3SentiasaBersamamu #InspirasiGenerasi untuk kongsikan keseronokan anda!