Juicy Luicy & Tulus Gegarkan Ruang Inspirasi Festival 2025 di Kuala Lumpur

Peminat muzik di Malaysia, terutama golongan muda, bakal menikmati sebuah festival muzik yang happening, inspiratif dan penuh emosi menerusi Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 pada Ahad, 17 Ogos 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Festival anjuran Expoindo bersama rakan penganjur tempatan, Thrive, ini tampil dengan konsep segar yang bukan sekadar menampilkan persembahan muzik, tetapi juga elemen inspirasi serta perkongsian kisah di sebalik karya popular artis terlibat.

Menurut wakil Expoindo, Bram Tulong, RIF diwujudkan untuk menjadi satu ruang di mana muzik bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyentuh jiwa serta memberi inspirasi kepada penonton.

Line-up RIF 2025
Untuk penganjuran edisi pertama ini, dua nama besar dari Indonesia diumumkan iaitu:

  • TULUS – tampil pada sesi petang bermula jam 2.30 petang.
  • Juicy Luicy – persembahan utama pada sesi malam jam 8.30 malam.

Juicy Luicy yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Lantas, Lampu Kuning dan Sialan, menjadi tarikan utama kerana muzik mereka begitu dekat dengan hati generasi muda Malaysia – penuh emosi, relatable dan sarat dengan mesej yang menyentuh perasaan.

Penganjur yakin, gabungan Tulus dan Juicy Luicy akan memberikan satu pengalaman berbeza berbanding konsert biasa – menjadikan RIF 2025 sebagai festival muzik inspiratif yang wajib diterokai peminat muzik tanah air. –Tehtariktimes