iQOO Malaysia bakal menganjurkan iQOO Neo 10 Roadshow yang berlangsung dari 18 hingga 22 Jun 2025 bertempat di Setia City Mall, Aras Bawah B1, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Acara ini menandakan pelancaran rasmi iQOO Neo 10, iaitu telefon pintar pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh cip Snapdragon® 8s Gen 4 bersama Q1 Supercomputing Chip kombinasi dua kuasa flagship untuk prestasi terbaik khusus buat para gamers dan pengguna aktif.
Dilengkapi paparan AMOLED 144Hz Eye-Care, kapasiti bateri 7000mAh dan pengecasan pantas 120W FlashCharge, iQOO Neo 10 menjanjikan pengalaman mudah alih serba lancar dan berkuasa. Sepanjang roadshow ini, pengunjung berpeluang mencuba sendiri keupayaan telefon pintar tersebut serta menyertai pelbagai aktiviti menarik. Antara sorotan utama termasuk Gacha Machine Madness yang menawarkan hadiah misteri seperti merchandise eksklusif iQOO, serta hadiah percuma seperti shaker protein dan sarung gaming untuk mereka yang mengikuti akaun rasmi iQOO di Facebook, TikTok, Xiaohongshu (XHS) atau iQOO Community.

Lebih menarik, cabaran TikTok #PowerToWinChallengeMY turut dilancarkan sepanjang acara. Pengunjung hanya perlu rakam video kreatif cabaran di lokasi acara dan muat naik di TikTok menggunakan hashtag #PowerToWinChallengeMY dan #iQOOMY serta tag @iqoo_my. Mereka yang menyertai berpeluang memenangi satu unit iQOO Neo 10, wang tunai RM1,100 dan hadiah gacha eksklusif.
Turut ditawarkan adalah promosi eksklusif untuk pembelian mana-mana telefon pintar vivo atau iQOO sepanjang acara, di mana pembeli akan menerima dua hadiah percuma seperti aksesori tambahan atau pelindung sementara stok masih ada.
Orang ramai dijemput hadir dan menikmati pengalaman interaktif, hadiah menarik serta merasai sendiri kuasa sebenar iQOO Neo 10 di Setia City Mall. Untuk maklumat lanjut, ikuti perkembangan terkini di semua platform rasmi iQOO Malaysia. – Tehtariktimes