Karnival Jom Heboh kembali memeriahkan selatan tanah air sempena sambutan Hari Nanas Malaysia yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Jun 2025 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall. Bertemakan “Nanas Kita, Kebanggaan Negara”, sambutan kali ini bukan sekadar hiburan, malah mengangkat industri nanas tempatan melalui pelbagai aktiviti edukatif dan interaktif untuk seisi keluarga.
Antara pengisian utama termasuk percubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records bagi “Most Pineapple Tart Bakes in the Event”, Pertandingan Tart Nanas, Seminar Industri Nanas Antarabangsa 2025, serta pameran dan jualan produk berasaskan nanas. Pelbagai aktiviti menarik turut menanti seperti pertandingan kupas nanas, rasa buah, e-sukan dan teka silang kata. Pengunjung bertuah juga berpeluang membawa pulang buah nanas secara percuma.
Studio Tonton Drama Sangat turut memeriahkan acara dengan pertandingan Nasyid Terbuka (27 Jun), Tarian Zapin Kreatif (28 Jun) serta Ejen Ali Explorace khas untuk si cilik (29 Jun). Hadiah terkumpul bernilai hampir RM7,000 disediakan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang bertemu selebriti popular seperti Faizal Hussein, Shah Iskandar, Didie Alias, Liza Abdullah dan ramai lagi dari drama-drama kegemaran TV3.

Konsert Jom Heboh yang dinanti akan berlangsung pada 28 dan 29 Jun mulai 9.00 malam dengan barisan penyanyi terkenal seperti Jaclyn Victor, Drama Band, Nabila Razali, Wany Kayrie, Tuju & Loca B, Sham Visa dan lain-lain. Sementara itu, pengalaman memandu penuh aksi menanti di NSTP Car Sim Experience, manakala Pentas Pavilion Hari Nanas Malaysia akan mengadakan program ‘Jom Selawat’ pada malam Jumaat, 27 Jun 2025.

Kedai Jom Heboh pula menawarkan barangan eksklusif TV3, Ejen Ali dan Jom Heboh yang sesuai dijadikan cenderahati. Terdapat lebih 170 reruai termasuk dari TikTok Shop, Perkampungan Jom Tani, CelcomDigi, 100PLUS, Affin Bank dan lain-lain dengan pelbagai promosi serta hadiah menarik. Jangan lepaskan peluang memenangi cabutan bertuah termasuk iPad dan T-shirt eksklusif Jom Heboh.
Luangkan hujung minggu anda bersama keluarga dan alami sendiri kehangatan Karnival Jom Heboh X Hari Nanas Malaysia! Untuk info lanjut, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti @jomhebohofficial di Facebook dan Instagram. Gunakan tanda pagar rasmi #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh #HariNanasMalaysia untuk kongsikan momen anda! – Tehtariktimes