Konsert Hype Republic bakal menggegarkan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 13 Disember 2025 (Sabtu), jam 8.30 malam, menghimpunkan pelbagai genre muzik popular seperti EDM, hip-hop, pop, K-Pop, J-Pop, Alt-Indie dan banyak lagi dalam satu malam. Dianjurkan oleh DM Diamond Sdn. Bhd., ini merupakan acara sulung syarikat tersebut yang diterajui pasukan berpengalaman dalam industri penganjuran konsert berskala besar dan acara hiburan premium.
Hype Republic menawarkan konsep unik sebagai “one-stop center” untuk pencinta muzik, di mana penonton bukan sahaja dapat menyaksikan artis kegemaran mereka, tetapi turut berpeluang meneroka genre muzik baharu secara langsung. Antara artis yang bakal membuat persembahan termasuk Kmy Kmo & Luca Sickta, Luqman Podolski, Yonnyboii, Zynakal, Bunga, Zubir Khan, K.O.I dan seorang artis kejutan yang akan diumumkan kelak.
Gabungan pelbagai aliran muzik ini dijangka memberikan pengalaman konsert luar biasa dan sukar dilupakan. Untuk info terkini, ikuti @dmdiamond.official di Instagram dan TikTok. – Tehtariktimes