KUALA LUMPUR, 29 Mei 2025 – HONOR terus kukuhkan kedudukan sebagai jenama tablet No.1 di Malaysia dengan pelancaran HONOR Pad 10, yang bakal memasuki pasaran bermula 30 Mei ini. Tablet ini tampil dengan skrin besar 12.1 inci 2.5K, kadar segar semula 120Hz, dan bateri berkapasiti 10,100mAh yang tahan lama. Direka ringan dan nipis dengan berat hanya 525g, HONOR Pad 10 sesuai untuk pelajar dan profesional yang memerlukan peranti mudah alih dan berprestasi tinggi.

HONOR Pad 10 turut dilengkapi dengan cip Snapdragon 7 Gen 3, RAM 16GB (termasuk RAM Turbo 8GB), dan storan 256GB, menjadikannya setaraf komputer riba mini apabila digabungkan dengan papan kekunci pintar Bluetooth. Tablet ini menyokong pelbagai ciri AI pintar seperti AI Notes, AI Docs, dan Magic Portal yang memudahkan produktiviti, pembelajaran, dan interaksi merentas peranti dalam ekosistem HONOR. Paparan mesra mata dengan lima lapisan perlindungan juga membantu mengurangkan keletihan semasa penggunaan lama.

Selain HONOR Pad 10, jenama ini turut melancarkan dua jam tangan pintar iaitu HONOR Watch 5 Ultra dan HONOR Band 10 yang akan mula dijual pada 30 Mei, serta komputer riba HONOR MagicBook Pro 14 yang akan tersedia pada 13 Jun. HONOR Pad 10 ditawarkan pada harga RM1,499 dengan hadiah percuma seperti papan kekunci pintar, HONOR CHOICE Pencil, dan headphone noise cancelling.
Pelancaran ini memperkukuh lagi komitmen HONOR dalam menyediakan teknologi pintar yang menyeluruh dan berprestasi tinggi untuk pengguna di Malaysia. – Tehtariktimes