Siri HONOR 400 kini boleh dimiliki secara PERCUMA menerusi pelan pascabayar terpilih daripada CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes. HONOR 400 Pro ditawarkan secara percuma dengan pelan U Mobile U Family dan Yes Infinite+ Premium, manakala HONOR 400 boleh didapati serendah RM1/sebulan dengan CelcomDigi One Ultra, RM25/sebulan dengan Maxis dan RM9/sebulan dengan Yes Infinite+ Standard. HONOR 400 Pro menampilkan kamera utama 200MP, kamera AI telefoto 50MP, cip Snapdragon 8 Gen 3, pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar, serta skrin AMOLED 6.7 inci dengan paparan Natural Tone.

HONOR 400 pula dilengkapi AI Super Zoom 30X, cip Snapdragon 7 Gen 3 dan lebih ringan dengan skrin 6.55 inci. Kedua-dua model hadir dengan bateri 6,000mAh, skrin 1.5K AMOLED, perlindungan SGS, pensijilan kalis air dan debu, serta ciri penjagaan mata. HONOR 400 Pro hanya tersedia dalam varian 24GB+512GB, manakala HONOR 400 ditawarkan dalam varian 256GB dan 512GB, dengan naik taraf storan percuma untuk pembelian varian 256GB.

Hadiah pembelian termasuk HONOR CHOICE Watch 2i, Earbuds X7e dan HONOR Band 10 (untuk pembelian terpilih di Shopee, Lazada & TikTok Shop). Siri ini boleh didapati di stor fizikal seluruh negara serta platform dalam talian rasmi HONOR.

Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri pengalaman AI Imaging di HONOR 400 Series Roadshow yang sedang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya sehingga 8 Jun 2025, sebelum ke AEON Tebrau City, Johor Bahru (1–6 Julai) dan Queensbay Mall, Pulau Pinang (16–20 Julai). Daftar aktiviti interaktif Time Machine Studio dan AI Imaging di sini: https://www.smartsurvey.co.uk/s/400Series_IOICityMall/ – Tehtariktimes