Goodday Charge Lancar Gim e-Sukan Inklusif Pertama di Malaysia

Goodday

Sempena sambutan Hari e-Sukan Sedunia, Goodday Charge meneruskan misinya untuk mengiktiraf e-Sukan sebagai sukan arus perdana dengan melancarkan gim e-Sukan inklusif pertama di Malaysia, yang dinamakan Goodday Charge Arena.

Terletak di Quill City Mall, Arena ini dirasmikan pada 14 Oktober oleh Pia Lisa, Pengurus Pemasaran Etika Sdn Bhd, bersama Adrian Gaffor, Pengasas Bersama dan Pemilik The Gaming Company.

Bagi memeriahkan acara pembukaan ini, Goodday Charge Arena menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari, termasuk sesi permainan percuma (FREE PLAY) yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman di Arena ini tanpa sebarang bayaran. Terdapat juga bengkel percuma yang khusus untuk kanak-kanak dan individu yang berminat dalam dunia e-Sukan. Pengunjung berpeluang bermain secara langsung bersama beberapa streamer terkenal Malaysia seperti Andrew ‘Stonkol69’ dan ‘Abangkepuk’, serta pasukan eMAS, iaitu pasukan e-Sukan senior pertama di Malaysia.

Susulan kejayaan inisiatif Boomers2Gamers oleh Goodday Charge, iaitu usaha untuk mencari pasukan e-Sukan senior pertama di Malaysia, Charge Arena juga akan menganjurkan sesi Watch Party yang menampilkan pratonton eksklusif tiga episod siri Boomers2Gamers. Siri ini, yang akan disiarkan di Astro Arena, memaparkan perjalanan pasukan eMAS dalam mendalami dunia permainan video, memperkukuhkan lagi usaha Goodday Charge dalam memperakui e-Sukan. Selain sesi tontonan, acara ini mengajak semua pihak untuk menyertai komuniti e-Sukan dan memeriahkan lagi arena permainan.

Goodday Charge Arena turut menjadi hab e-Sukan yang menyasarkan penyertaan daripada semua lapisan umur, termasuk golongan warga emas. Dengan memberi fokus kepada aspek fizikal, kognitif, dan pemakanan dalam e-Sukan, Goodday Charge ingin mempromosikan amalan permainan yang sihat. Sama seperti atlet sukan tradisional, pemain e-Sukan juga memerlukan nutrisi dan tenaga yang seimbang. Oleh itu, susu coklat Goodday Charge yang diperkaya dengan Vitamin B kompleks diketengahkan sebagai minuman yang menyokong tenaga berpanjangan untuk pemain. Selain itu, setiap hari Selasa di Charge Arena ditetapkan sebagai BOOMERS2GAMERS Day, di mana warga emas boleh bermain secara percuma, menunjukkan komitmen mereka untuk melibatkan pemain dari pelbagai peringkat umur.

Bertempat di Tingkat 6 Quill City Mall, Kuala Lumpur, Charge Arena seluas 2500 kaki persegi ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan permainan seperti set PC terkini, permainan konsol, simulator perlumbaan, serta ruang untuk permainan mudah alih. Pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan penstriman, penciptaan kandungan, dan bimbingan profesional dari pasukan TGC, menjadikannya tempat yang inklusif untuk semua peminat e-Sukan, dari pemain berpengalaman hingga pemain biasa.

Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, menekankan komitmen Goodday Charge untuk mengubah persepsi terhadap e-Sukan. “Pelancaran arena ini adalah satu langkah penting dalam usaha kami. Dengan menyediakan ruang inklusif untuk semua peringkat umur meneroka e-Sukan, kami bukan sahaja mempromosikan amalan permainan yang sihat, tetapi juga membina komuniti yang merentasi generasi. Saya sangat teruja melihat interaksi antara warga emas dan pemain muda di platform ini,” katanya.

Beliau juga mengajak semua untuk datang dan menerokai dunia e-Sukan yang penuh potensi ini. “Datanglah dengan fikiran terbuka untuk melihat mengapa e-Sukan lebih daripada sekadar permainan video. Terima kasih kepada Adrian dan pasukan TGC atas kerjasama mereka dalam perjalanan ini. Kami akan terus memperkenalkan lebih banyak inisiatif yang memberi impak kepada komuniti e-Sukan,” tambahnya.

Adrian Gaffor turut berkongsi pandangan bahawa Goodday Charge Arena bukan sekadar sebuah fasiliti, tetapi platform yang menegaskan e-Sukan adalah untuk semua. “Kami bangga dapat bekerjasama dengan Goodday Charge untuk menyediakan bengkel dan latihan yang membantu belia mengambil langkah pertama dalam e-Sukan dan membangunkan ekosistem e-Sukan Malaysia. Arena ini adalah langkah besar dalam memperkukuh e-Sukan sebagai sukan yang menggalakkan pembelajaran, hubungan sosial, dan persaingan sihat,” ujarnya.

Dalam usaha menyemarakkan pembukaan Arena, dua pertandingan menarik, Goodday Charge Esports Month Contest dan Charge Arena Contest, telah dilancarkan dan terbuka kepada semua pemain sehingga akhir November. Esports Month Contest menawarkan hadiah permainan bernilai RM70,000, termasuk PlayStation 5, laptop, PC gaming PREDATOR, dan fon kepala JBL. Sementara itu, Charge Arena Contest mengajak pengunjung untuk mengambil gambar kreatif di Arena bagi peluang memenangi PlayStation 5 dan hadiah e-dompet TNG.

Sepanjang tahun ini, terdapat juga hadiah menarik yang boleh dimenangi di Charge Arena, termasuk cabaran Charge Racing Sim Challenge. Pemenang cabaran ini berpeluang memenangi satu karton Goodday Charge, 8 jam masa permainan percuma di Arena, serta penampilan di media sosial Goodday Charge. Pengunjung yang membeli minuman Goodday Charge juga akan menerima satu jam masa permainan percuma sebagai promosi khas.

Goodday Charge Arena dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, menyediakan ruang bagi peminat e-Sukan untuk melatih kemahiran mereka, berinteraksi sosial, dan mengamalkan permainan yang lebih sihat. Maklumat terkini mengenai Arena boleh didapati melalui akaun Facebook dan Instagram Goodday Milk Malaysia serta TikTok Goodday Charge Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *