Glamor di Pentas! Kakak Sophia Albarakbah Sertai Cat Fashion Week

eminat kucing, jangan lepaskan peluang! Esok jam 9.00 malam di TV3, pentas akhir Cat Fashion Week bakal jadi lebih meriah dengan kehadiran si comel Chibbu, kucing kesayangan Sharifah Nurulawwal (Awwal), kakak kepada pelakon popular Sophia Albarakbah.

Keluarga Albarakbah memang terkenal dengan kecintaan mereka terhadap kucing ada yang sampai bela lebih 20 ekor sekali gus! Tapi, Chibbu memang lain daripada yang lain. Si bulus hitam manja ini cukup unik dengan perangai peliknya suka makan buah tembikai dan gemar diurut, seakan-akan manusia.

Lebih istimewa, semua kostum Chibbu direka sendiri oleh Awwal yang juga seorang pereka fesyen. Untuk pentas akhir, mereka bakal tampil dengan tema Kerajaan Mesir Purba lengkap dengan hiasan batu permata dan fabrik eksklusif. Sebelum ini, Chibbu sudah mencuri perhatian juri dengan gaya karakter lanun semasa sesi pre-judging.

Komitmen Awwal sebagai ‘cat parent’ memang jelas semuanya demi memastikan Chibbu terus menyerlah di pentas besar.

Adakah Chibbu akan dinobatkan sebagai juara ‘meow-jikan’ Cat Fashion Week? Sama-sama kita saksikan esok, jam 9.00 malam di TV3!

-Tehtariktimes