Gabungan Budaya Hip-Hop Malaysia dan Indonesia Menerusi ‘Mantap Cuy’

Dua nama besar dalam industri muzik Malaysia, Kidd Santhe dan Saixse, telah bergabung melalui lagu terbaru mereka, “Mantap Cuy”. Kolaborasi ini juga turut menampilkan Atta Halilintar, seorang YouTuber yang popular di Indonesia dan kini tersenarai di antara Top 3 Asia.

“Lagu ini tidak hanya merayakan kemenangan besar, tetapi juga kemenangan kecil dalam hidup. Walaupun menghadapi berbagai halangan, lagu ini memberi inspirasi kepada kami untuk belajar menerima cabaran itu dengan positif,” jelas Kidd Santhe, yang merupakan penerbit lagu tersebut.

“Mantap Cuy” merupakan gabungan slang Malaysia dan Indonesia yang menangkap semangat serta keterujaan terhadap sesuatu, mirip dengan ungkapan “cool, dude” atau “awesome, bro” dalam bahasa Inggeris.

“Saya telah lama meminati budaya hip-hop Malaysia, terutamanya karya Kidd dan lagu viral Saixse, ‘Malampagi’ (yang juga trending di Indonesia). Jadi, apabila Kidd mencadangkan kerjasama ini, saya tidak teragak-agak langsung. Saya sangat teruja dengan peluang ini untuk menyertai dan menyumbang kepada dunia hiburan Malaysia, bersama dua individu terbaik dalam industri,” ungkap Atta Halilintar.

Kidd Santhe dan Saixse bukan sahaja menggubah “Mantap Cuy” bersama, malah mereka turut berkolaborasi dalam menulis lirik bersama Atta Halilintar. Projek ini juga menandakan kerjasama antara syarikat Kidd Santhe, Kidd Next Door Productions, dan syarikat Saixse, Bando Rahsia Legacy.

Penggambaran video muzik ini pula telah dilaksanakan di Indonesia oleh pihak Simbion, manakala Take Five Studio telah menjalankan penggambaran akhir di Malaysia.

“Pengalaman penggambaran video muzik di Indonesia sangatlah mengujakan dan ia mer-upakan pengalaman yang luar biasa bagi saya. Kreativiti, kecekapan dan sokongan mereka sungguh luar biasa dan mengagumkan, walaupun dengan tempoh garis masa yang singkat,” kata Saise, menandakan kali pertamanya menggadakan penggambaran video muzik di luar negara.

“Mantap Cuy” bakal diedarkan oleh Sony Music Malaysia, dan boleh didengar di semua platform strim digital utama bermula 30 April 2024. Video muzik rasmi juga akan dilancarkan pada hari yang sama pada jam 9.00 malam di halaman YouTube Kidd Santhe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *