Astro mempersembahkan sebuah evolusi baharu kepada fenomena program realiti tempatan menerusi pelancaran rasmi ‘Big Stage Alpha’, sebuah edisi baharu dan sulung kepada francais popular Big Stage yang tampil dengan format ‘all-male’. Buat pertama kalinya, Astro membuka pentas kepada 18 peserta lelaki berumur antara 18 hingga 37 tahun dari pelbagai latar belakang, termasuk Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia, untuk bersaing merebut peluang eksklusif membentuk boy group tempatan pertama di bawah naungan Astro dan Rocketfuel Entertainment.
Konsert mingguan Big Stage Alpha akan mula bersiaran selama 8 minggu mulai 27 April 2025, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) serta boleh distrim secara langsung menerusi Astro GO dan sooka.
Dari Zero ke Hero: Platform Transformasi Artis Lelaki Masa Depan
Berinspirasikan daripada kejayaan program Big Stage dalam mencungkil bintang seperti Aisha Retno dan Nadeera Zaini, Big Stage Alpha memberikan ruang lebih luas untuk peserta lelaki menyerlahkan bakat nyanyian, persembahan dan kerja berkumpulan. Gabungan sistem pemarkahan juri profesional dan undian peminat menjadikan program ini sebuah pengalaman kompetitif yang autentik dan penuh emosi.
Menurut Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Astro Ria, “Big Stage Alpha ialah respons kami terhadap minat dan permintaan penonton yang kini lebih cenderung kepada kandungan berkonsepkan ‘idol survival’ seperti yang popular di Korea dan Jepun. Program ini mengetengahkan aspirasi besar Astro dalam melahirkan bintang lelaki tempatan yang bukan hanya menguasai pentas tempatan, bahkan bersedia untuk persaingan antarabangsa.”

Senarai 18 Peserta Big Stage Alpha: Afiq Sky, Alif Azri, Allan Andersn, Ariel Fesol, Ashmirul, Araff, Que, Qarl G, Daniel Sher, Ray-D, Apich Lo, Ridhwan Azman, Awienit, Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Izat Ibrahim, Rizal Rasid dan Shaqeen.
Tenaga Profesional & Barisan Selebriti Ternama
Program ini akan dikemudi oleh hos penuh karisma Elly Mazlein dan selebriti popular dari Indonesia, Rina Nose. Panel juri pula terdiri daripada nama-nama besar industri seperti Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini, yang akan menilai peserta berdasarkan kualiti vokal, persembahan dan sinergi berkumpulan.
Peserta akan dinilai setiap minggu melalui dua aspek utama – persembahan solo dan misi berkumpulan, sebelum diumumkan tiga peserta tercorot berdasarkan markah juri. Namun, kuasa mutlak terletak di tangan peminat yang akan menentukan kelangsungan peserta melalui undian terbuka.
Segment Khas Menyemarakkan Suasana
Buzz Big Stage Alpha: Setiap Ahad, selepas konsert utama, selama 30 minit bersama juri dan tetamu jemputan.
Diari Big Stage Alpha: Bermula 21 April 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11.08 malam – paparan eksklusif latihan, bimbingan mentor dan persiapan peserta.
Kolaborasi dan Penajaan
Perfume Paradise tampil selaku Penaja Utama musim ini, memperkukuhkan lagi jenama mereka dalam kandungan hiburan tempatan. Jenama tempatan ini sebelum ini pernah menaja program popular seperti Kongsi Kasih, Sepahtu Reunion, dan segmen-segmen radio utama di ERA dan Gegar. Dengan slogan “Spray Sekali, Wangi 3 Hari”, Perfume Paradise terus melakar sejarah sebagai satu-satunya jenama minyak wangi tempatan yang menerima pengiktirafan Superbrands Malaysia 2024.
Turut menyokong musim ini ialah ZUS Ngupi sebagai Kopi Rasmi, Astro Gempak sebagai Rakan Digital Rasmi, dan ERA sebagai Rakan Radio Rasmi.
Langgani Pek Astro One Hari Ini
Jangan lepaskan peluang menyaksikan perjalanan epik peserta-peserta Big Stage Alpha yang bakal menjadi wajah baharu industri muzik tempatan. Langgan Pek Astro One serendah RM49.99/sebulan, dan tingkatkan pengalaman hiburan anda dengan Astro Fibre 500Mbps berserta Pek Hiburan hanya dengan RM139.99/sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 hari ini. Tertakluk kepada terma dan syarat.