Selepas dua tahun berturut-turut memukau peminat Malaysia, solois muda kelahiran 2000, Feby Putri, akan kembali menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 19 Julai 2025 menerusi konsert bertajuk “FEBY PUTRI Vol.3: Hitam Putih Live in Kuala Lumpur”. Kali pertama tampil di Malaysia pada 2023 dan kemudiannya membuat persembahan penuh pada Julai 2024, Feby berjaya menarik ribuan peminat, malah ada yang sanggup beratur sejak jam 2 petang demi mendapatkan tempat terbaik.
Tahun ini, Feby Putri bakal menyampaikan lagu-lagu dari album sulung RIUH serta memperkenalkan karya terbaharu dari album keduanya Hitam Putih, yang mengangkat perjalanan hidupnya merantau dengan penuh warna dari suka hingga duka melalui lirik tulus dan susunan muzik yang unik.

Konsert akan berlangsung pada Sabtu, 19 Julai 2025, jam 8:30 malam di Zepp Kuala Lumpur. Tiket ditawarkan dalam pelbagai kategori termasuk HALU (RM159), HITAM PUTIH (RM189), USIK (RM209), DIRI (RM259), VIP BOX (RM359/pax) dan Meet & Greet (RM179) yang turut disertakan dengan barangan eksklusif. Tiket boleh dibeli menerusi ilassotickets.com/febyvol3.
Dibawakan oleh Miebird Projects, diterbitkan oleh Blackcat Asia, dengan publisiti oleh OPR Network, konsert ini dijangka menjadi momen penuh emosi dan tak terlupakan buat semua peminat setia Feby Putri di Malaysia. Jangan lepaskan peluang ini! – Tehtariktimes