Fan Bingbing Jumpa Peminat & Shopping Surprise Eksklusif 23 Ogos di KL

Jenama kecantikan dan penjagaan diri terkenal dari China, Fan Beauty Diary, kini boleh didapati di rangkaian kedai fizikal Watsons Malaysia! Kehadiran ini menandakan langkah besar dalam pengembangan global jenama tersebut.

Lebih menarik, pengasas jenama dan pelakon antarabangsa terkenal, Fan Bingbing, akan hadir secara eksklusif di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2025. Beliau bakal bertemu peminat secara dekat sambil berkongsi rahsia kecantikan dan tip penjagaan kulitnya.

Produk pertama Fan Beauty Diary sudah mula dijual di cawangan utama Watsons seperti The Exchange TRX dan Sunway Pyramid. Antara koleksi yang jadi tumpuan ialah:

  • Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask
  • Acids Double Cleansing Clay Mask
  • Dragon’s Blood Lentinus Fermentation Facial Treatment Mask

Promosi Istimewa:

  • Belanja RM488 → Dapat beg mekap edisi terhad Fan Bingbing (selagi stok ada)
  • Belanja RM1,288 → Nikmati akses VIP ke “Star’s Private Salon”, peluang eksklusif berinteraksi lebih dekat dengan Fan Bingbing!

Selain itu, pelanggan juga boleh nikmati kejutan membeli-belah, tebus masker percuma atau kad foto Fan Bingbing, dengan hanya mengikuti akaun rasmi Fan Beauty Diary & Watsons di Instagram/Xiaohongshu dan berkongsi posting dengan hashtag khas.

Jadual Fan Bingbing di Malaysia:

  • 23 Ogos 2025 (Sabtu)
    • 1:00pm – 3:00pm → LG1, Watsons Pink, Sunway Pyramid
    • 4:00pm – 6:00pm → Level Concourse, Watsons, TRX

-Tehtariktimes