Dengar Lagu Ini Kalau Pernah Kecewa Dalam Cinta!

Ernie Zakri & Anggi Marito, Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri & Anggi Marito, Kisah Penuh Kecewa

Ernie Zakri dan Anggi Marito, dua bintang serumpun dari Malaysia dan Indonesia, berkolaborasi dalam lagu baharu Kisah Penuh Kecewa. Persembahan langsung pertama lagu ini berlangsung pada 31 Mei 2025 di Aura: Ernie Zakri Live in Concert, Singapura.

Anggi hadir ke Kuala Lumpur untuk sesi promosi dan makan malam eksklusif bersama peminat di Hameediyah Bukit Bintang pada 4 Jun 2025, memberi peluang kepada peminat menikmati pengalaman fine dining dan berinteraksi dengan kedua artis.

Lagu ini menceritakan kisah cinta yang berakhir bukan kerana tiada rasa, tetapi kerana salah satu pihak memilih berpisah, dengan mesej kekuatan dan ketabahan untuk terus melangkah ke hadapan. Ernie menegaskan, walaupun dari negara berbeza, muzik tidak mengenal sempadan dan lagu ini menyentuh hati pendengar serantau.

Anggi pula menganggap kolaborasi ini sebagai penghormatan besar dan mengagumi vokal serta keupayaan emosi Ernie dalam menyampaikan lagu. Kisah Penuh Kecewa sudah boleh didengarkan di semua platform digital sejak 23 Mei 2025 bersama video muzik rasmi yang memaparkan naratif visual menyokong kekuatan vokal kedua penyanyi. – Tehtariktimes