CUKTECH Lancar Tiga Produk Baharu, Kukuhkan Kedudukan dalam Pasaran Teknologi Kuasa Malaysia

CUKTECH 10 Plus Power Bank CUKTECH 10 Plus Power Bank

CUKTECH, peneraju dalam teknologi tenaga bersih dan pengecasan pintar, mengukuhkan kehadirannya di Malaysia menerusi pelancaran tiga produk kuasa terbaharu: Bank Kuasa Magnetik CUKTECH CP12 dengan Kabel Terbina Dalam, Bank Kuasa Magnetik CUKTECH CP12 dengan Penyandar, dan Bank Kuasa CUKTECH 10 Plus. Pelancaran ini mencerminkan komitmen jenama dalam menyampaikan teknologi pengecasan berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan gaya hidup digital masa kini.

Dengan warisan lebih sedekad dalam inovasi kuasa dan kerjasama strategik bersama jenama gergasi seperti Xiaomi, CUKTECH membina reputasi kukuh dalam menawarkan produk berkualiti premium pada harga yang lebih kompetitif sekitar 60–70% lebih rendah berbanding pesaing, tanpa berkompromi dari segi prestasi.

CUKTECH CP12 Magnetik Power Bank dengan Stand

Bank Kuasa Magnetik CUKTECH CP12 dengan Kabel Terbina Dalam direka khas untuk pengguna yang mementingkan kemudahan, hadir dengan kapasiti 10,000mAh serta menyokong pengecasan pantas 22.5W berwayar dan 7.5W tanpa wayar. Kabel jalinan terbina dalam yang kukuh serta kekuatan magnet N52 menjadikannya pilihan ideal untuk siri iPhone 12 hingga 16 dan peranti Android yang menyokong pengecasan Qi. Rekaan yang ringan dan kompak melengkapkan gaya hidup mudah alih moden.

Sementara itu, Bank Kuasa Magnetik CUKTECH CP12 dengan Penyandar menampilkan fungsi dwi mod sebagai pengecas rumah dengan kecondongan ergonomik 120°, dan juga bank kuasa mudah alih menyokong pengecasan serentak dua peranti dengan output berwayar 20W dan tanpa wayar 7.5W. Produk ini direka khas untuk pengguna yang aktif dan memerlukan fleksibiliti tinggi dalam kehidupan seharian.

Bank Kuasa Magnetik CUKTECH CP12 dengan Kabel Terbina dalam

Bagi pengguna yang mahukan prestasi pengecasan maksimum, Bank Kuasa CUKTECH 10 Plus hadir dengan kapasiti 15,000mAh dan menyokong pengecasan ultra pantas sehingga 120W melalui satu port. Dilengkapi paparan TFT warna pintar, ia menyokong pelbagai protokol pengecasan pantas seperti PD, PPS, QC, dan SCP. Ia mampu mengecas Xiaomi 14 Pro ke tahap 100% dalam hanya 18 minit dan menyampaikan 30% daripada casnya sendiri dalam masa 10 minit menjadikannya penyelesaian utama untuk telefon pintar dan komputer riba yang memerlukan pengecasan pantas dan efisien.

“Dengan pelancaran ini, kami teruja untuk membawa penyelesaian kuasa yang inovatif dan mesra pengguna kepada rakyat Malaysia. Visi kami adalah untuk menawarkan prestasi premium pada harga praktikal, tanpa mengabaikan aspek reka bentuk dan kebolehgunaan,” ujar wakil rasmi CUKTECH.

Produk-produk baharu ini kini boleh didapati di Shopee bermula 15 Mei 2025, diikuti oleh Lazada mulai 23 Mei 2025. CUKTECH juga mengajak pengguna mengikuti perkembangan mereka melalui laman web rasmi cuktech.com serta saluran media sosial Asia di Facebook, Instagram dan TikTok. Komuniti pengguna di Malaysia turut boleh berhubung melalui halaman komuniti Facebook CUKTECH Malaysia & Asia.

Dengan pelancaran ini, CUKTECH sekali lagi membuktikan kemampuannya dalam mentakrifkan semula kategori kuasa mudah alih lebih pantas, lebih pintar dan lebih mesra pengguna.