CIPTA 3 Dato’ M. Nasir Gegar Axiata 27 Sep!

Konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3 akan berlangsung pada 27 September 2025, jam 8 malam di Axiata Arena, Kuala Lumpur, sekali gus melengkapkan trilogi konsert maestro muzik tanah air ini. Mengangkat tema “Malam Ini Gua Rock”, konsert bakal menyajikan barisan lagu-lagu rock ciptaan dan nyanyian Dato’ M. Nasir yang telah mengukir sejarah dalam industri muzik tempatan. Penonton turut digalakkan hadir dengan gaya tersendiri berasaskan tema Rock Cara Lu… Janji Rock, sebagai simbol kebebasan berekspresi.

Konsert ini turut mendapat sokongan padu daripada Etiqa selaku rakan strategik utama, dengan kerjasama Harley Davidson. Sebuah motosikal Harley-Davidson Softail STD FXST bernilai RM114,000, lengkap dengan insurans motor dari Etiqa, akan dihadiahkan oleh Dato’ kepada seorang penonton bertuah yang membeli tiket konsert ini, tanpa mengira kategori tempat duduk.

Menurut pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, pemenang motosikal tersebut akan dipilih secara cabutan bertuah daripada kalangan pembeli tiket sahaja. Tambah menarik, pengguna aplikasi Etiqa+ mendapat akses awal menerusi pra-jualan tiket pada 3 Julai 2025, jam 2 petang selama 24 jam. Manakala, jualan umum bermula 4 Julai 2025, jam 11 pagi.

Tiket boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.my/mnasircipta3 atau WhatsApp ke 012-6530700, dengan harga bermula dari RM258 hingga RM628 mengikut kategori: TEGUH (RM258), OPERA HIDUP (RM358), ISI DAN KULIT (RM458), SEJATI (RM488), GADISKU (RM558) dan PAWANA (RM628). Segala maklumat lanjut termasuk cabutan bertuah boleh diikuti menerusi Instagram @iconentertainmentmy dan @datomnasircipta. Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada malam penuh sejarah ini – Malam Ini Kita Rock!Tehtariktimes