Calpis Soda One In A Million: 32 Finalis Bersiap Sedia Menggegar Pentas TV3!

Debaran penantian kini berakhir apabila program realiti ikonik, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kembali menggegarkan dunia hiburan Malaysia selepas 15 tahun! Program pencarian bakat yang paling dinanti-nantikan ini bakal memulakan siarannya pada 22 Disember 2024, setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Dengan tema baharu dan konsep lebih segar, CSOIAM menjanjikan fenomena luar biasa yang mengubah landskap hiburan tempatan dengan persembahan hebat, kisah-kisah inspirasi, dan persaingan sengit.

Kepulangan CSOIAM kali ini diperkasakan oleh keunikan jenama Calpis Soda, ditambah dengan kerjasama strategik bersama PEUGEOT, Yes5G, dan OPPO. Para penonton akan disajikan dengan pengalaman hiburan dinamik yang menjangkau dimensi baharu, menjadikan setiap episod lebih mendebarkan dan mengasyikkan. Selain itu, hadiah utama bernilai RM1 juta – termasuk RM500,000 tunai, sebuah PEUGEOT 408, dan kontrak rakaman eksklusif – menjadikan CSOIAM platform impian bagi para peserta berbakat.

Daripada ribuan peserta yang hadir ke sesi uji bakat, 32 finalis terbaik telah dipilih menerusi siaran khas “Audition Journal” pada 15 Disember 2024. Mereka bakal membawa kepelbagaian genre muzik seperti pop, R&B, rock, dan muzik tradisional ke pentas berprestij CSOIAM. Setiap peserta telah mempamerkan bakat luar biasa dan semangat juang yang tinggi untuk merebut gelaran juara.

Menurut Mr. Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd., “CSOIAM bukan sekadar program hiburan biasa, tetapi platform yang membina ikon muzik generasi masa depan. Kami teruja untuk menyaksikan bagaimana finalis ini menyerlahkan potensi mereka, sambil mencipta sejarah baharu dalam industri seni tanah air.”

Episod pembukaan CSOIAM bakal berlangsung dengan penuh spektakuler apabila juara-juara musim terdahulu seperti Ayu Damit, Suki Low, dan Tomok kembali ke pentas untuk persembahan istimewa. Barisan juri berkaliber, termasuk Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan, akan menilai dan membimbing peserta dengan penuh profesionalisme. Lebih mengujakan, kumpulan legenda KRU turut membuat penampilan khas menerusi medley lagu hits mereka.

Selepas episod pertama, 32 finalis akan melalui proses penyingkiran ketat sehingga hanya Top 12 yang mara ke peringkat seterusnya. Keputusan pertandingan akan ditentukan melalui gabungan 60% markah juri dan 40% undian penonton. Penonton boleh mengundi peserta kegemaran mereka di laman rasmi tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3, dengan peluang untuk mendapatkan undian tambahan melalui pembelian baucar eksklusif di Shopee.

Penonton setia juga berpeluang memenangi hadiah mingguan luar biasa berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu! Caranya mudah – hanya imbas kod QR yang dipaparkan semasa sela iklan dan jawab soalan dengan pantas.

CSOIAM akan bersiaran selama 8 episod, dengan malam kemuncak Grand Finale “The Most Fizz Night” pada 9 Februari 2025. Setiap minggu menjanjikan cabaran epik, persembahan luar biasa, dan kejutan yang membuatkan anda terus terpaku di hadapan kaca TV.

Ikuti perkembangan terkini CSOIAM di platform media sosial rasmi @CalpisSodaOIAMTV3 dan rasai keterujaan persembahan sambil menikmati kesegaran Calpis Soda – minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai undian, promosi, dan aktiviti menarik, layari laman rasmi tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada fenomena hiburan terbesar tahun ini!