Sebuah jenama fesyen yang terkenal dengan rekaan tradisional dan moden, Bulan Bintang, baru-baru ini mengadakan sebuah pertunjukan fesyen yang memukau untuk meraikan ulangtahun kesepuluh mereka. Bertemakan “Sedekad Menyinar,” acara yang berlangsung pada 2 Februari 2025 di KL Convention Center, Kuala Lumpur ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) yang menggabungkan elemen tradisi dan gaya moden.
Koleksi yang dipamerkan kali ini merangkumi pelbagai pilihan baju melayu, pakaian sedondon untuk wanita dan kanak-kanak, serta lebih 70 pilihan warna yang menarik. Terbaru, Bulan Bintang memperkenalkan koleksi Baju Melayu dengan tiga potongan berbeza – Slim Fit, Tailored Fit, dan Traditional Fit. Potongan-potongan ini direka dengan menggunakan kain yang lebih lembut, ringan, dan sejuk, serta jahitan yang kemas bagi memberikan keselesaan sepanjang hari. Koleksi ini turut menawarkan pilihan saiz sehingga 8XL, serta kurta yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Salah satu aspek menarik dalam pertunjukan fesyen ini adalah kehadiran selebriti terkenal tanah air yang memperagakan koleksi tersebut. Antaranya ialah Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali, dan Hannah Delisha. Selain itu, barisan duta jenama Bulan Bintang turut menambah seri pertunjukan tersebut, termasuk Zahiril Adzim, Ain Edruce, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Sabri Yunus, dan Angeline Tan.
Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, menyatakan rasa syukurnya atas kejayaan jenama tersebut yang kini masih teguh bersaing di pasaran fesyen tempatan selama sepuluh tahun. “Saya bersyukur jenama Bulan Bintang terus berkembang pesat dan kekal relevan dalam pasaran yang sangat kompetitif ini. Semua kejayaan ini tidak lepas daripada sokongan padu rakyat Malaysia serta penambahbaikan berterusan dari segi kualiti dan perkhidmatan pelanggan,” katanya.
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan pelanggan setia sepanjang dekad ini, Bulan Bintang telah melancarkan satu siri hadiah menarik hasil daripada kerjasama dengan jenama-jenama ternama. Antara hadiah utama termasuklah 1kg jongkong emas daripada GB Gold, tiket penerbangan percuma selama setahun dari AirAsia, duit raya RM150,000 daripada Hausboom, pakej haji dan umrah dari Tabung Haji dan Kahf, serta pelbagai hadiah menarik lain bernilai keseluruhan RM10 juta.
Selain itu, bagi meramaikan lagi suasana, persembahan muzik dan tarian turut memeriahkan acara ini dengan penampilan artis terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah dan kumpulan Bunkface. Keistimewaan acara ini turut diserlahkan dengan pengumuman pemenang Bulan Bintang Next Top Model, yang memperkenalkan peserta dari kalangan orang awam berusia antara 40 hingga 70 tahun. Pemenang membawa pulang wang tunai RM10,000 melalui undian penonton dan juri.
Bulan Bintang menyasarkan jualan sebanyak 1.5 juta helai pakaian dalam kempen kali ini dan mendorong orang ramai untuk membeli koleksi raya “Sedekad Menyinar” di 15 butik rasmi mereka di seluruh negara, serta melalui platform TikTok yang menjadi rakan kerjasama strategik jenama ini. Untuk kemudahan pembeli, penghantaran seluruh Malaysia diuruskan oleh Ninjavan, yang merupakan rakan logistik rasmi.
Kejayaan pertunjukan fesyen ini mencerminkan betapa Bulan Bintang berjaya mencipta impak yang besar dalam industri fesyen tempatan, dan mereka terus bersinar dalam menyajikan koleksi yang memenuhi cita rasa pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat.
Laman web rasmi :
https://bulanbintanghq.com/?srsltid=AfmBOor_dzbRGS6vmV-yHHHNlIDY6JuKPgS1 QmKBDOPFKZwQyn4dXvDH
Instagram:
1. https://www.instagram.com/bulanbintanghq/
2. https://www.instagram.com/bulanbintangsisters/
Tiktok:
1. https://www.tiktok.com/@bulanbintangclothing?lang=en
2. https://www.tiktok.com/@bulanbintangsisters?lang=en