HONOR Malaysia baru sahaja mengumumkan kolaborasi istimewa bersama filem aksi tempatan Legasi: Bomba The Movie sebagai tanda penghargaan buat wira-wira bomba negara. Kerjasama ini diraikan bagi menyanjung keberanian, pengorbanan, dan semangat anggota bomba yang sentiasa berjuang demi keselamatan masyarakat.
Yang lebih menarik, penonton berpeluang menyaksikan kemunculan telefon pintar baharu HONOR yang masih belum dilancarkan dalam filem ini. Peranti misteri tersebut digambarkan sebagai simbol kekuatan, daya tahan, dan keteguhan – seiring dengan semangat anggota bomba menghadapi cabaran.

Walaupun HONOR belum mendedahkan butiran rasmi dan tarikh pelancaran, penampilan telefon ini di layar perak pastinya menimbulkan persoalan menarik seperti: “Adakah ini telefon pintar paling lasak HONOR?” atau “Mungkinkah ini peranti revolusi yang bakal mengubah industri?”
HONOR menjelaskan bahawa kolaborasi ini adalah cara mereka memberi penghormatan kepada wira harian Malaysia. Malah, nama HONOR sendiri membawa nilai keberanian, ketulusan, serta kekuatan – sama seperti semangat yang ditonjolkan oleh pasukan bomba.
Dengan menampilkan telefon pintar misteri ini dalam Legasi: Bomba The Movie, HONOR bukan sahaja memberi kejutan kepada penonton, tetapi juga memberi bayangan awal tentang inovasi baharu yang bakal hadir tidak lama lagi.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Legasi: Bomba The Movie untuk melihat sendiri aksi telefon pintar misteri HONOR ini di layar besar.
Untuk info terkini mengenai produk dan pelancaran HONOR di Malaysia, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari www.honor.com/my.