Bolt Bawa E-Hailing Pintar untuk Urusan Perjalanan Pekerja di Malaysia

Bolt, platform mobiliti terkemuka dari Eropah, kini secara rasmi melancarkan Bolt Business di Malaysia. Perkhidmatan ini direka khas untuk membantu syarikat mengurus perjalanan pekerja dengan lebih bijak, cepat, dan tanpa kerumitan.

Dengan papan pemuka berpusat, laporan automatik, dan tanpa yuran pendaftaran, Bolt Business membolehkan syarikat mengelakkan proses tuntutan manual yang leceh. Semua perjalanan boleh dipantau dalam satu akaun dari menetapkan had perbelanjaan, mengesan penggunaan, hingga mendapatkan laporan masa nyata.

Afzan Lutfi, Pengurus Besar Bolt Malaysia berkata:
“Kami mahu memudahkan urusan perjalanan syarikat dan pekerja. Masih ramai yang berdepan cabaran dengan proses manual. Dengan Bolt Business, semuanya jadi lebih teratur, telus, dan pantas, sambil membuka peluang pendapatan untuk pemandu tempatan.”

Sejak tiba di Malaysia pada akhir 2024, Bolt telah berkembang pesat di Lembah Klang dengan pengenalan tambang inklusif tol, kategori premium Bolt Executive, dan peningkatan bilangan pemandu. Pelancaran Bolt Business mengukuhkan lagi komitmen Bolt terhadap inovasi praktikal yang memudahkan syarikat serta menyokong pemandu tempatan. – Tehtariktimes