Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) mencipta kejutan apabila meraih kutipan hebat sebanyak RM15.3 juta dalam hanya empat hari tayangan, sekali gus mencatat lebih 1 juta penonton di pawagam. Tayangan rasmi bermula pada 22 Mei 2025 di 161 lokasi pawagam seluruh Malaysia dan Brunei, menjadikan EATM2 sebagai pembukaan animasi tempatan terbesar setakat ini.
Sambutan hangat ini mendorong beberapa pawagam menambah sesi tayangan bagi memenuhi permintaan, terutama menjelang cuti sekolah pada 29 Mei. Penonton tempatan nyata teruja menyaksikan kepulangan Ejen Ali ke layar perak, membuktikan populariti watak animasi ini masih kukuh.

Menurut En. Usamah Zaid Yasin, Pengarah EATM2 dan CEO WAU Animation, sokongan luar biasa daripada penonton amat bermakna dan memberi semangat untuk terus berkarya. Puan Nini Yusof, CEO Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios turut menyeru penonton terus menyokong filem ini di pawagam dan tidak mendedahkan sebarang spoiler agar semua dapat menikmati pengalaman tontonan sepenuhnya.
Penonton disaran menempah tiket lebih awal dan mengikuti kandungan eksklusif menerusi YouTube serta media sosial rasmi. Gunakan tanda pagar #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan untuk terus menghangatkan fenomena ini dalam talian.
Satria, Bangkit – Filem Aksi Animasi Mempesona, Meledakkan Emosi! – Tehtariktimes