“Bakat Muda Bersinar dalam ‘The Chosen One 2024’ – Astro Menggandingkan Generasi Baharu dengan Selebriti Popular”

astro

Astro mempersembahkan musim kedua program realiti nyanyian yang menggamit perhatian ramai, iaitu ‘The Chosen One 2024’. Musim terbaru ini akan mula bersiaran pada 20 September, setiap Jumaat pukul 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan secara serentak di Astro Ria (saluran 104).

Musim pertama program ini telah mencatat kejayaan besar, menarik lebih daripada 3.5 juta penonton di televisyen. Juara musim lalu, Amir Sisi, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dari perkampungan orang asli di Gerik, Perak, menjadi sensasi dengan lebih 235 juta tontonan di TikTok. Vokalnya yang memikat telah mendapat pujian meluas, termasuk dari Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Kini, Amir telah menjadi bakat eksklusif Rocketfuel dan baru sahaja melancarkan single pertamanya berjudul Ayah Ibu.

Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, mengulas, “Selepas menerima sambutan hangat pada musim pertama, kami memperkenalkan musim kedua yang lebih prestij dan penuh cabaran. Kami sedar bahawa terdapat ramai kanak-kanak berbakat dalam bidang nyanyian dan kami mahu memberi mereka platform untuk menunjukkan bakat mereka. Dengan kejayaan Amir Sisi, kami berharap mesej ini dapat memberi inspirasi kepada seluruh Malaysia.”

Program ini sejalan dengan visi Astro untuk menemui dan mengembangkan bakat-bakat muda yang berpotensi untuk mengangkat industri hiburan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Musim kedua akan terus menggunakan format yang sama, di mana kanak-kanak berbakat digandingkan dengan penyanyi terkenal yang akan berperanan sebagai coach.

Terdapat 16 peserta berusia antara 11 hingga 17 tahun yang telah terpilih dari seluruh Malaysia melalui proses uji bakat untuk bersaing dalam ‘The Chosen One 2024’. Mereka terdiri daripada pemenang pertandingan nyanyian kebangsaan, bakat yang viral di media sosial, serta wajah-wajah baharu tanpa pengalaman bertanding sebelum ini. Lapan peserta yang paling menonjol akan digandingkan dengan selebriti sebagai pasangan dan berjuang untuk merebut gelaran juara.

Dalam musim kedua ini, Dato’ Awie akan kekal sebagai juri tetap bersama Jaclyn Victor yang terkenal dengan suaranya yang luar biasa dan pencapaian anugerah yang cemerlang. Setiap episod akan dihoskan oleh Jihan Muse, pelawak dan pelakon popular, serta Haziq Hussni, personaliti radio ERA.

Program ini juga bakal menampilkan penyanyi-penyanyi terkemuka Malaysia sebagai coach dan pasangan peserta, termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, dan kembar Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.

‘The Chosen One 2024’ boleh juga distrim melalui On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk kemudahan menonton. Nikmati penawaran Pek Astro dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari RM41.99/sebulan. Raikan hiburan berkualiti bersama keluarga dengan #AstroBaharu – hiburan kini lebih memuaskan. Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *