Aura Kurang Bersinar, Zahid & Anne Perlu Serlah Jiwa di Pentas Famili Duo

Zahid & Anne

Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu baru-baru ini memberi komen tegas tentang persembahan Zahid & Anne dalam rancangan Famili Duo musim 4.

Walaupun vokal mereka dipuji, kedua-duanya dikritik kerana kurang memberikan impak yang memikat. Mereka disarankan untuk lebih bersemangat dalam persembahan seterusnya agar mampu menarik perhatian penonton dan juri.

Pasangan adik-beradik ini tampil dengan lagu ikonik Hijau oleh Datuk Zainal Abidin, membawa tema alam sekitar ke pentas. Namun, persembahan mereka dianggap hambar, di mana Rosyam Nor merasakan Anne tidak cukup menghayati lagu, sementara Zahid pula dilihat hilang momentum pada akhir persembahan. Mas Idayu pula menyifatkan persembahan mereka dua minggu berturut-turut mengecewakan dan “ke belakang”. Beliau menegaskan agar Zahid dan Anne lebih serasi dan bertenaga pada minggu berikutnya dengan harapan persembahan mereka dapat lebih memukau.

Zahid memandang kritikan tersebut dari sudut positif, menyatakan bahawa dia tidak terkesan dan terbuka menerima pandangan juri. “Bagi saya, kritikan adalah sesuatu yang baik. Setiap komen negatif tidak perlu diambil terlalu serius, tetapi jika ia boleh membawa iktibar, lebih baik. Saya sudah 20 tahun dalam industri, tetapi dalam pertandingan ini, saya anggap diri saya baru,” jelas Zahid. Menurutnya, cabaran utama ialah persiapan mingguan yang memerlukan perhatian mendalam untuk memenuhi tema baru setiap minggu.

 

Dalam episod kedua minggu lalu, duo sepupu Ayie Elham dan Salma Asis mencuri perhatian. Membawakan lagu-lagu klasik seperti Bujang Senang, Joget Siapa Dia, dan Joget Berhibur, persembahan mereka memikat hati juri. Gaya persembahan yang bertenaga serta kelebihan Ayie sebagai bekas pelajar teater telah membawa mereka markah penuh dan ‘standing ovation’ daripada juri. Duo ini berjaya mendapat 10 markah penuh, menerima pujian atas vokal dan “showmanship” mereka, di samping memenangi hadiah mingguan RM10,000. Persoalannya, mampukah mereka mengekalkan momentum sebagai juara dengan tema minggu depan yang lebih mencabar iaitu Hip Hop/Rap/Pop Dance?

Tidak kurang hebat, persembahan pembukaan oleh Shiha Zikir dan Ieda Zikir turut berjaya mencipta momen menarik dengan gabungan elemen tradisional dan rock yang unik. Persembahan yang memukau ini bukan sahaja menunjukkan kepelbagaian budaya, tetapi juga mengukuhkan posisi mereka dalam carta mingguan. Pasangan sepupu Didi Astillah dan Thamiera pula tampil lebih mantap dan memukau penonton dengan peningkatan prestasi berbanding minggu lalu. Thamiera, yang pernah menjadi viral kerana kritikan vokal sumbang, membuktikan bakatnya dan menonjol dalam persembahan kali ini.

Berikut ialah senarai kedudukan peserta untuk minggu kedua Famili Duo 2024:
1. Ayie Elham & Salma Asis – 68.8%
2. Tomok & Sharul Kamal – 62.3%
3. Naqiu & Joey – 62.1%
4. Shiha Zikir & Ieda Zikir – 62%
5. Zahid & Anne – 47.1%
6. Didi Astillah & Thamiera – 45.8%

Kedudukan keseluruhan setakat ini adalah seperti berikut:
1. Tomok & Sharul Kamal – 126.8
2. Naqiu & Joey – 121.1
3. Ayie Elham & Salma Asis – 117.1
4. Shiha Zikir & Ieda Zikir – 108.9
5. Zahid & Anne – 82.9
6. Didi Astillah & Thamiera – 77.3

Musim keempat Famili Duo ini mendapat sokongan utama dari Perfume Paradise dan ditaja oleh Marigold HL, dengan OhBulan! dan XTRA sebagai rakan Famili Digital. Persaingan di minggu hadapan dijangka lebih meriah kerana peminat turut diberi peluang untuk mempengaruhi keputusan dengan undian atas talian melalui Tonton. Menggunakan kod promo FAMILIDUO2024, penonton dapat undian tambahan untuk menyokong duo kegemaran mereka dan berpeluang memenangi hadiah mingguan berupa dua Samsung Smart TV 65′.

Setiap minggu, pemenang mingguan akan ditentukan melalui penilaian juri (70%) serta undian penonton (30%). Duo yang mendapat persembahan terbaik setiap minggu akan membawa pulang RM10,000. Sementara itu, pada peringkat akhir, pemenang utama akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000. Penonton TontonUp berpeluang memberi sehingga 150 undi seminggu dan menikmati potongan langganan dengan menggunakan kod promosi. Malah, pelanggan TontonUp yang membuat tekaan tepat mengenai Duo Terbaik Mingguan turut berpeluang memenangi Samsung Smart TV 65′.

Kongsikan pengalaman dan sokongan anda di media sosial dengan hashtag rasmi #FamiliDuo dan #BerduoLebihBaik, serta ikuti laman sosial TV3 di Facebook, Instagram, Twitter @TV3Malaysia, dan TikTok @TV3MalaysiaOfficial untuk perkembangan terkini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertandingan sengit ini dan sokong duo kegemaran anda di pentas Famili Duo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *