Al-Ikhsan Lancar Kempen ‘For Everyday Athletes’ – Ajak Semua Kekal Aktif Setiap Hari

Al-Ikhsan Sports, pengedar barangan sukan terbesar di Malaysia, telah melancarkan inisiatif terbaharu mereka, ‘For Everyday Athletes’. Kempen berskala nasional ini bertujuan untuk meraikan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang bersemangat untuk kekal aktif dan menghadapi cabaran harian dengan tekad. Kempen ini menekankan pentingnya gaya hidup aktif, bukan hanya untuk atlet profesional, tetapi untuk setiap individu dalam kehidupan seharian.

Sebagai jenama sukan yang paling lama bertapak di Malaysia dengan lebih 30 tahun pengalaman, Al-Ikhsan Sports telah membina jaringan yang kukuh dengan 187 cawangan fizikal dan 3 platform digital di seluruh Semenanjung Malaysia. Daripada sokongan kepada atlet akar umbi hingga ke peringkat antarabangsa, Al-Ikhsan bukan sekadar menjual produk sukan, tetapi juga berperanan sebagai pemangkin semangat untuk memperbaiki kesejahteraan hidup.

Kempen Untuk Semua‘For Everyday Athletes’

Kempen ‘For Everyday Athletes’ bukan hanya sebuah slogan, tetapi seruan kepada setiap individu untuk menerapkan gaya hidup aktif dalam rutin harian mereka. Sama ada melalui senaman ringan atau sekadar berjalan kaki ke tempat kerja, setiap langkah membawa manfaat besar kepada tubuh badan, minda, dan emosi. Al-Ikhsan Sports ingin menggalakkan lebih ramai orang untuk menyertai pergerakan ini dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan keseluruhan individu badan yang sihat, minda yang cerdas.

Pengalaman Kedai Baru dan Peningkatan Perkhidmatan

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Al-Ikhsan Sports turut memperkenalkan konsep kedai baharu mereka di Elmina Lakeside Mall. Cawangan pertama dalam siri kedai generasi baharu ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik, dengan rekaan kedai moden dan pilihan produk sukan tempatan serta antarabangsa yang lebih pelbagai. Kedai-kedai ini juga memberi tumpuan kepada aktiviti komuniti yang relevan dengan gaya hidup aktif masa kini.

Menyemarakkan Pergerakan Sihat Seluruh Malaysia

Dalam usaha untuk terus memberi sokongan kepada masyarakat Malaysia, Al-Ikhsan Sports melancarkan program keahlian eksklusif pada Jun 2025, serta ganjaran kecergasan bagi menggalakkan gaya hidup sihat. Selain itu, program komuniti akan terus dijalankan untuk menghubungkan rakyat melalui aktiviti yang memperkukuh semangat untuk bergerak bersama.

30 Tahun Al-Ikhsan: Dari Akar Umbi Ke Antarabangsa

Sejak 1993, Al-Ikhsan Sports telah berkembang pesat dari sebuah kedai kecil di Holiday Plaza, Johor Bahru, menjadi jenama yang dipercayai oleh atlet dan penggemar sukan di seluruh negara. Dengan lebih 30 tahun pengalaman, kempen ‘For Everyday Athletes’ meneruskan komitmen jenama ini untuk memberi sokongan kepada setiap individu yang berusaha kekal aktif dalam kehidupan mereka.

Sertai Kempen ‘For Everyday Athletes’

Al-Ikhsan Sports mengajak semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen ini, tidak kira tahap aktiviti mereka dari mereka yang baru bermula hingga yang berpengalaman. Kerana setiap langkah yang diambil, besar atau kecil, bermakna. Ikuti kempen ini di media sosial dengan menggunakan #4EverydayAthletes dan #alikhsanSPORTS. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.al-ikhsan.com atau ikuti @alikhsansports di media sosial.

Kempen ini mengingatkan kita bahawa kita semua adalah ‘Everyday Athletes’.