TehTarikTimes

News, Entertainment and Lifestyles

Langgan Astro One Entertainment dan Nikmati Prime Video Serta Pek Blockbuster Tanpa Caj Tambahan Selama Setahun

Astro kini menawarkan akses percuma ke platform penstriman Prime Video (bernilai RM23.15) dan Pek Blockbuster (bernilai RM9.99) selama 12 bulan tanpa sebarang caj tambahan buat pelanggan baharu. Tawaran istimewa ini sah untuk langganan Pek Astro One Entertainment pada harga RM49.99 sebulan (tidak termasuk SST) dengan yuran pemasangan percuma (RM0), bermula dari 6 November 2026 hingga 31 Januari 2027.

Menerusi penyertaan Prime Video dalam langganan ini, penonton boleh menstrim pelbagai kandungan antarabangsa termasuk siri popular Amazon Originals dan filem pecah panggung. Antara judul utama yang boleh dinikmati termasuklah The Lord of the Rings: The Rings of Power Musim ke-3, Nine to Six, The Housemaid, Madden, Jailer 2, serta siri yang dinanti-nantikan, Blade Runner 2099 yang akan mula ditayangkan pada hujung bulan ini, di samping pelbagai rancangan aksi, komedi, drama, dan hiburan seisi keluarga.

Pengalaman hiburan ini turut dilengkapkan lagi dengan penambahan Pek Blockbuster yang menghimpunkan empat saluran filem dan hiburan khas, iaitu Astro Showtime (Saluran 411), Astro FAM Time (Saluran 412), Rock Action (Saluran 414), dan Rock X Stream (Saluran 415). Pelanggan boleh menonton pelbagai filem dan siri menarik seperti John Wick 2, Ambulance, Merry Ex Mas, My Little Pony: The Movie, Power Rangers, The Replacement Killers, dan Citadel pada bila-bila masa.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan Astro dalam menyatukan pelbagai perkhidmatan penstriman dan saluran televisyen di bawah satu platform yang mudah serta menjimatkan untuk rakyat Malaysia. Pelanggan baharu yang berminat untuk menikmati promosi ini boleh mendaftar terus melalui WhatsApp atau menghubungi Pusat Jualan Astro di talian +603-74919882 setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang sebelum tempoh tawaran berakhir.