TehTarikTimes

News, Entertainment and Lifestyles

Aina Abdul Bawa Nama Malaysia Gegarkan Pentas Eurovision Song Contest Asia 2026!

Poster promosi rasmi wakil Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026 menampilkan Aina Abdul dalam busana hijau zaitun bersiaran di TV3 dan Tonton

Saingan Sengit 11 Peserta di Pentas Eurovision Song Contest Asia 2026

Tumpuan seluruh rakyat Malaysia kini terarah sepenuhnya ke ibu kota Thailand, Bangkok, apabila penyanyi kebanggaan negara yang terkenal dengan vokal bersayap dan gaya fesyen avant-garde, Aina Abdul, dijadualkan menggegarkan pentas berprestij Eurovision Song Contest Asia 2026 malam esok. Edisi sulung yang amat dinantikan ini menghimpunkan 11 peserta hebat dari pelbagai penjuru benua Asia, di mana Aina bakal berdepan saingan sengit daripada wakil-wakil hebat termasuk dari Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, tuan rumah Thailand, Korea Selatan, serta Nepal demi merebut gelaran juara berprestij Asia.

Poster program khas Melodi sempena Eurovision Song Contest Asia 2026 menampilkan Aina Abdul dengan #MalaysiaBersamaAinaAbdul

Karya Istimewa Bluest Sky Jadi Taruhan Penutup Tirai

Lebih menarik dan membanggakan, Aina dipilih untuk menggalas tanggungjawab besar sebagai penutup tirai persembahan dengan menjadi peserta ke-11 dan terakhir malam itu. Meneliti persiapan mental dan vokalnya, Aina mempertaruhkan sebuah karya istimewa ciptaan sepenuhnya berjudul Bluest Sky. Lagu bergenre power ballad ini sarat dengan emosi mendalam serta suntikan elemen muzik Nusantara, di mana ia diinspirasikan secara peribadi daripada kucing kesayangannya, Hiro menjadikan karya ini bukan sekadar sebuah lagu pertandingan, tetapi sebuah penceritaan jujur yang dekat di hatinya. Kehebatan vokal luar biasa milik Aina sememangnya dijangka mampu memukau barisan juri profesional serta penonton antarabangsa di arena berkenaan. Dengan reputasi sering membawakan persembahan pentas yang dramatik, penuh simbolik, dan memukau pandangan, kehadiran Aina di pentas sebesar ini diyakini mampu meletakkan nama Malaysia di barisan hadapan peta industri muzik global, sebaris dengan bintang-bintang ternama Asia yang lain.

Siaran Eksklusif TV3, Tonton dan Program Khas Melodi

Kehadiran Aina di pentas antarabangsa ini turut mendapat sokongan padu peminat di tanah air yang bersatu hati melaungkan tanda pagar #MalaysiaBersamaAinaAbdul di seluruh platform media sosial. Bagi memastikan para penonton tidak ketinggalan menyaksikan detik bersejarah ini, TV3 dan platform penstriman digital Tonton membawakan ulangan siaran langsung eksklusif. Peminat juga boleh mula pasang angan dan teruja dengan mengikuti program khas Melodi Exclusive. Saksikan kejutan luar biasa yang dipamerkan oleh Aina Abdul di Bangkok!