Perasmian Ibu Pejabat Baharu Jenama Tempatan Fipper
BALAKONG JAYA – Jenama kasut tempatan terkemuka yang terkenal dengan produk berasaskan getah asli, Fipper, terus melakar sejarah membanggakan apabila menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-18 menerusi perasmian ibu pejabat baharu di Balakong Jaya, Selangor. Majlis perasmian berprestij itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Yang Berhormat Hannah Yeoh, bersama barisan pengarah Fipper serta disaksikan oleh rakan perniagaan dan warga kerja. Sejak ditubuhkan pada tahun 2008, Fipper telah berkembang pesat dengan memiliki 150 cawangan utama di 20 negara, termasuk penambahan 40 cawangan baharu di Indonesia sejak pertengahan tahun 2025.

Fipper Experience Centre Dan Pelancaran Inisiatif Pelancongan
Ibu pejabat baharu ini turut menampilkan Fipper Experience Centre yang mempamerkan sejarah jenama menerusi sentuhan lantai kreatif daripada tapak selipar. Ketua Pegawai Eksekutif Fipper, Encik Jee Von, menyifatkan kejayaan ini sebagai manifestasi sokongan padu pelbagai pihak terhadap visi ringkas mereka menghasilkan produk berkualiti tinggi. Bersempena sambutan itu, Fipper turut melancarkan inisiatif Kuala Lumpur Travel Passport bagi menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Perluasan Portfolio Gaya Hidup Dan Kolaborasi Antarabangsa
YB Hannah Yeoh memuji usaha ini kerana mengetengahkan peranan sektor perniagaan tempatan dalam mempromosikan ibu negara. Selain itu, Fipper turut memperluas portfolio gaya hidup menerusi pengenalan Fipper Monster Resort Blind Box dan kolaborasi eksklusif Fipper | Montigo Tumbler, mengukuhkan lagi kedudukan jenama tempatan ini di persada antarabangsa.














