Tuah Membeli-Belah Bersama Senheng Bawa Enam Ahli PlusOne Ke Pengalaman Eksklusif di Mexico

Enam ahli PlusOne Senheng hari ini memulakan pengembaraan istimewa ke Mexico selepas muncul sebagai pemenang hadiah utama menerusi kempen Goal!!! Untung Raya, sekali gus merealisasikan impian menikmati pengalaman bertaraf dunia yang sukar diperoleh. Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Rabu, keenam-enam pemenang akan mengikuti percutian eksklusif selama lapan hari empat malam yang turut memberi peluang kepada mereka menyaksikan secara langsung salah satu kejohanan bola sepak terbesar dunia pada 5 Julai.

Hadiah utama bernilai keseluruhan RM222,000 itu menjadi rebutan ramai apabila kempen yang berlangsung dari 21 Februari hingga 30 April 2026 berjaya menarik sebanyak 61,183 penyertaan dari seluruh negara. Enam pemenang bertuah tersebut mewakili Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak. Bagi Emma (Lee Kia Xuan) dari Johor, kemenangan itu masih sukar dipercayai. “Saya benar-benar terkejut apabila menerima panggilan memaklumkan bahawa saya menang. Pengalaman ini sangat bermakna dan pasti menjadi kenangan sepanjang hayat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Badli Shah yang telah menjadi ahli PlusOne selama lebih dua dekad menyifatkan kemenangan tersebut sebagai impian yang akhirnya menjadi kenyataan. “Peluang seperti ini sangat jarang diperoleh. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Senheng kerana memberikan pengalaman luar biasa ini,” ujarnya.

Kempen Goal!!! Untung Raya menawarkan peluang kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM1,000 dalam satu resit di mana-mana cawangan Senheng atau senQ, aplikasi Senheng serta platform dalam talian untuk merebut hadiah utama berkenaan. Selain itu, pelanggan turut menikmati sehingga 70% S-Coin Cashback serta kemudahan pembiayaan 0% faedah sehingga 60 bulan.

Menurut Pengarah Urusan Senheng, Lim Kim Heng, kempen tersebut membuktikan komitmen syarikat dalam menghargai pelanggan dengan menawarkan ganjaran yang melangkaui pengalaman membeli-belah biasa. “Melihat pelanggan kami berpeluang menikmati pengalaman sekali seumur hidup ini memberikan kepuasan yang besar kepada kami. Kami akan terus menghadirkan ganjaran yang lebih bernilai, manfaat eksklusif serta pengalaman yang mampu mencipta kenangan bermakna buat pelanggan,” katanya.

Dengan lebih empat juta ahli PlusOne di seluruh negara, Senheng terus memperkukuhkan ekosistem peruncitan omnichannel menerusi pelbagai inisiatif yang menjadikan setiap pembelian bukan sekadar urusan membeli-belah, malah membuka peluang kepada pengalaman luar biasa.