Sempena sambutan Raya yang bakal tiba, Auto Bavaria dengan bangganya memperkenalkan dua model eksklusif MINI Countryman edisi terhad—Shadowline dan Stealth. Koleksi ini direka khusus buat pelanggan yang mendambakan keunikan serta ekspresi kendiri yang menonjol. Tersedia secara eksklusif hanya di Auto Bavaria, edisi terhad ini ditawarkan dalam unit yang sangat terhad, memberikan peluang keemasan kepada pelanggan untuk menyertai komuniti pemilik MINI yang paling elit.
Inisiatif eksklusif ini mencerminkan dedikasi Auto Bavaria dalam menawarkan pengalaman mobiliti premium yang selari dengan semangat ikonik MINI. Dengan fokus kepada reka bentuk yang memukau dan personaliti yang kuat, kedua-dua edisi MINI Countryman ini bukan sekadar kenderaan, malah merupakan simbol gaya hidup unik yang sukar dicari ganti di Malaysia.

Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria berkata, “Kami sangat berbesar hati dapat memperkenalkan dua edisi terhad MINI Countryman ini, sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama strategik kami bersama MINI. Pelancaran ini adalah bukti komitmen kami dalam membawakan model unik dan premium kepada pelanggan. Melalui langkah ini, kami bukan sahaja memperkayakan pengalaman pemilikan, malah memantapkan lagi kedudukan Auto Bavaria sebagai rakan automotif premium yang paling dipercayai di Malaysia.”
MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad mempesonakan dengan nilai estetika yang sofistikated, menampilkan kemasan luaran hitam berkilat (high-gloss black) yang dipadankan dengan jalur bonet dinamik untuk kehadiran jalan raya yang lebih menyerlah. Bagi memberikan nilai tambah yang istimewa, setiap pemilik akan dihadiahkan dengan kamera Leica Edisi Terhad, menjadikan model ini pilihan utama bagi pengumpul serta mereka yang menghargai seni reka bermutu tinggi.

Bagi individu yang gemar tampil lebih berani, MINI Countryman Stealth Edisi Terhad hadir dengan penampilan yang gah melalui kemasan luar hitam kusam (matte black) yang melambangkan keyakinan dan gaya moden. Melengkapi eksklusiviti model ini, pelanggan bakal menerima set hadiah premium yang terdiri daripada Beg Kembara MINI, koleksi pakaian MINI John Cooper Works serta Tinta Solar Premium.
Bersempena dengan kemeriahan Raya, setiap pembelian model Shadowline atau Stealth turut disertakan dengan tawaran perayaan yang menarik. Pelanggan juga berpeluang untuk menyertai kempen Sime Motors Raya Gold Rush yang menjanjikan lebih banyak kejutan serta nilai tambahan yang hebat sepanjang musim sambutan ini.
Auto Bavaria merupakan Pengedar Sah BMW yang terbesar dan terulung di Malaysia, dengan rekod kecemerlangan selama 14 tahun berturut-turut melalui pelbagai anugerah industri. Sebagai sebahagian daripada Sime Motors, Auto Bavaria terus diiktiraf atas kualiti perkhidmatan jualan dan lepas jualan yang luar biasa, seterusnya menetapkan standard baharu dalam pemilikan automotif premium di negara ini.
MINI Countryman Shadowline dan Stealth Edisi Terhad kini boleh didapati untuk tempoh yang sangat terhad di bilik pameran Auto Bavaria MINI di seluruh negara. Kunjungi kami untuk melihat sendiri kehebatan edisi ini dan mulakan pengalaman pemilikan premium MINI anda hari ini. Tertakluk pada terma dan syarat.