vivo V70 Rasmi di Malaysia: Kamera ZEISS Lebih Berkuasa, Rekaan Premium dan OriginOS Lebih Pintar

vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran vivo V70, sebuah telefon pintar yang menampilkan pelbagai peningkatan dari segi fotografi, prestasi dan reka bentuk. Dilengkapi Kamera Telefoto Super ZEISS 50 MP yang berkuasa, Mod Pentas AI, rakaman video 4K 60 fps serta pelbagai alat penyuntingan berasaskan kecerdasan buatan (AI), vivo V70 direka sebagai teman ideal untuk merakam detik persembahan pentas mahupun pengalaman pelancongan. Peranti ini turut menampilkan rekaan baharu yang bergaya dengan rangka Aloi Aluminium Gred Aeroangkasa, paparan OLED Ultra Jelas 1.5K bersama Pengimbas Cap Jari Ultrasonik 3D 2.0, ketahanan tinggi serta bateri BlueVolt 6500 mAh yang tahan lama dengan sokongan pengecasan pantas 90W FlashCharge. vivo V70 juga dikuasakan oleh OriginOS 6 yang menawarkan prestasi lebih lancar serta kawalan privasi yang dipertingkatkan.

Dibangunkan melalui kerjasama dengan ZEISS, vivo V70 membawa fotografi potret ke tahap yang lebih tinggi. Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata vivo V70 menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik melalui reka bentuk yang lebih menarik, keupayaan fotografi yang lebih berkualiti serta prestasi keseluruhan yang lebih hebat. Menurut beliau, dengan rekaan yang lebih kemas dan tahan lasak, sistem OriginOS yang lebih lancar dan pintar serta peningkatan kamera tahap profesional, vivo V70 merupakan peranti bergaya yang boleh dipercayai dalam pelbagai situasi.

Sistem pengimejan vivo V70 dipertingkatkan hasil kolaborasi bersama ZEISS untuk memastikan setiap detik dapat dirakam dengan kualiti yang menakjubkan. Kamera Telefoto Super ZEISS 50 MP dilengkapi sensor ultra-pengesan 1/1.95 inci gred profesional bersama penstabilan imej optikal (OIS) bagi menghasilkan tangkapan yang lebih jelas terutama dalam keadaan cahaya malap. Reka bentuk periskop termaju turut membolehkan tahap zum yang lebih tinggi tanpa menambah ketebalan peranti. Persediaan kamera belakang turut merangkumi Kamera Utama ZEISS OIS 50 MP dengan sensor flagship 1/1.56 inci serta Kamera Ultra Lebar ZEISS 8 MP untuk kepelbagaian sudut rakaman. Di bahagian hadapan, kamera Selfie Kumpulan ZEISS 50 MP dengan autofokus memastikan hasil yang tajam sama ada untuk swafoto individu mahupun gambar berkumpulan.

Bagi meningkatkan pengalaman fotografi pentas, vivo V70 memperkenalkan Mod Pentas AI yang direka khas untuk merakam persembahan secara lebih jelas dan tajam. Gabungan Kamera Telefoto Super ZEISS 50 MP bersama Mod Pentas AI yang dipertingkatkan dengan Algoritma Peningkatan Imej AI serta Teknologi Potret Gaya AI membolehkan zum sehingga 10 kali bagi menghasilkan imej pentas yang lebih jelas. Ciri ZEISS Multifocal Portrait pula membantu merakam emosi setiap detik dengan lebih mendalam, termasuk pilihan potret 85 mm dengan Bokeh Gaya ZEISS Sonnar yang menghasilkan kesan latar lembut serta potret jarak dekat 100 mm dengan Bokeh Gaya ZEISS Planar yang memberikan sentuhan klasik dan elegan. Untuk pertama kalinya dalam siri V, vivo V70 turut menyokong rakaman video 4K pada kadar 60 bingkai sesaat bagi menghasilkan video yang lebih sinematik dan lancar. Peranti ini juga dilengkapi AI Audio Noise Eraser yang mampu mengesan dan menyingkirkan bunyi latar yang tidak diingini secara selektif dalam rakaman video.

Selain itu, vivo V70 meningkatkan kreativiti pengguna melalui pelbagai alat penyuntingan berasaskan AI yang memudahkan proses penalaan imej terus pada peranti. Antara ciri yang ditawarkan termasuk AI Magic Weather yang mampu menukar langit mendung kepada suasana cerah, membuang objek atau individu yang lalu lalang serta membetulkan komposisi gambar yang senget. Pengguna juga boleh memanfaatkan AI Magic Landscape untuk menukar tema geografi dalam foto pelancongan, manakala AI Retouch menyediakan pembetulan pantas melalui ciri seperti AI Erase, AI Magic Move, AI Image Expander dan AI Color Adjustment.

Dari segi reka bentuk, vivo V70 menampilkan estetika premium dengan rangka Aloi Aluminium Gred Aeroangkasa, sudut peranti yang dibulatkan hampir sempurna serta paparan rata dengan bezel ultra nipis yang memberikan siluet moden dan elegan. Modul kamera logam berprofil rendah di bahagian belakang mengekalkan reka bentuk yang bersih dan minimalis. Paparan OLED Ultra Jelas 1.5K bersaiz 6.59 inci dengan kadar segar semula 120 Hz dan kepadatan 459 PPI menghasilkan visual yang tajam dan lancar. Pengalaman pengguna turut dipertingkatkan dengan ciri OriginOS Flip Cards yang membolehkan kertas dinding skrin kunci berubah mengikut pergerakan peranti melalui penggunaan giroskop. Pengimbas Cap Jari Ultrasonik 3D 2.0 pula memastikan pembukaan kunci yang lebih pantas dan selamat walaupun dengan tangan yang basah.

Panel belakang peranti direka menggunakan kaca AG berukir yang tahan terhadap cap jari dan calar. vivo V70 turut memperkenalkan warna baharu Golden Hour dengan reka bentuk Sunset Glow yang dihasilkan melalui proses ukiran kimia khas bagi mencipta tekstur mikro pada kaca. Pantulan cahaya yang terhasil memberikan kesan berkilauan lembut untuk penampilan yang unik dan elegan. Selain itu, peranti ini juga ditawarkan dalam pilihan warna Alpine Gray dan Authentic Black yang klasik dan sofistikated. Dari aspek ketahanan, vivo V70 dilengkapi penarafan IP68 dan IP69 bagi rintangan habuk dan air serta Ketahanan Jatuhan 10 Sisi yang mampu menahan jatuhan tidak sengaja sehingga ketinggian 1.5 meter.

vivo V70 dikuasakan oleh OriginOS 6 yang direka untuk memberikan pengalaman sistem yang lebih pintar dan intuitif melalui integrasi mendalam antara AI dan sistem operasi. Infrastruktur baharu bersama Origin Smooth Engine memastikan prestasi kekal lancar, manakala sambungan pelbagai senario membolehkan perkongsian dan kolaborasi merentas peranti serta aplikasi dengan lebih mudah. OriginOS 6 turut memperkenalkan Origin Island, iaitu kapsul dinamik di bahagian atas skrin yang memaparkan maklumat penting secara kontekstual bagi memudahkan penggunaan harian. Ciri seperti Copy & Go, Drag & Go serta Suggestion Island membantu mempercepatkan tugasan dengan mengenal pasti keperluan pengguna secara pintar.

Sistem ini juga menyokong pelbagai alat produktiviti berasaskan AI yang sesuai untuk kerja, pembelajaran dan tugasan harian. Melalui AI Search, pengguna boleh mencari dokumen, nota atau tetapan menggunakan bahasa semula jadi. AI Creation pula membantu mempercepatkan tugasan penulisan, manakala AI Captions menyediakan transkripsi masa nyata, terjemahan dan ringkasan semasa mesyuarat. Tambahan pula, Gemini Assistant with Google memberikan bantuan masa nyata melalui perbualan semula jadi.

Kemudahan perkongsian data turut dipertingkatkan melalui ciri One-Tap Transfer yang membolehkan pemindahan fail antara telefon vivo atau antara telefon vivo dan model iPhone yang disokong. vivo Office Kit baharu pula memudahkan pemindahan fail serta penyerahan tugasan antara telefon dan komputer bagi memastikan aliran kerja merentas peranti yang lebih lancar. Bagi menjamin keselamatan dan jangka hayat peranti, OriginOS 6 disokong oleh empat generasi naik taraf sistem operasi dan enam tahun kemas kini keselamatan. Aspek privasi turut diperkukuh melalui ciri Private Space yang menyediakan ruang peribadi sepenuhnya untuk menyimpan maklumat atau aplikasi penting secara selamat.

Dari segi prestasi, vivo V70 menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar untuk permainan, penyuntingan foto dan video serta multitugas. Ia dilengkapi memori berprestasi tinggi LPDDR5X dan storan UFS 4.1 bagi memastikan pelancaran aplikasi dan akses fail yang lebih pantas. Peranti ini juga menggunakan ruang wap penyejukan ultra besar seluas 4200 mm², yang terbesar pernah digunakan dalam Siri V, bagi menguruskan haba dengan lebih cekap dan mengekalkan kestabilan prestasi.

Bateri BlueVolt berkapasiti 6500 mAh memastikan penggunaan sepanjang hari walaupun dalam keadaan cuaca yang ekstrem, manakala teknologi 90W FlashCharge membolehkan pengecasan pantas dalam masa yang singkat. Dari aspek sambungan, kebolehpercayaan rangkaian turut dipertingkatkan melalui teknologi Dual-Bridge Signal Concurrency serta pengoptimuman rangkaian bagi persekitaran sesak. Reka bentuk antena yang inovatif juga membantu meningkatkan penembusan isyarat melalui dinding dan mengekalkan kestabilan sambungan ketika bermain permainan.

vivo V70 kini boleh didapati di Malaysia pada harga bermula RM1,999 untuk varian 8GB + 256GB, RM2,199 bagi varian 12GB + 256GB dan RM2,599 untuk varian 12GB + 512GB. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web rasmi vivo Malaysia di https://www.vivo.com/my.

Bagi pelanggan yang membuat pratempah di vivo Concept Stores dari 24 Februari hingga 13 Mac 2026, vivo Malaysia menawarkan ganjaran eksklusif termasuk wafer emas AU999, vivo Buds, jaminan lanjutan vivo Care selama 365 hari, perlindungan skrin vivo Care selama 180 hari serta pelan Perlindungan Cecair vivo Care selama 365 hari pada harga PWP RM17. Pelanggan juga berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad V70 × PopMart.

Dari 14 Mac hingga 30 Jun 2026, pelanggan boleh menikmati pelbagai faedah pembelian termasuk pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan bersama rebat segera RM100 apabila menggunakan kad kredit bank rakan kongsi terpilih seperti Public Bank, OCBC Bank, UOB Bank dan Affin Bank. Selain itu, pilihan Buy Now, Pay Later turut disediakan melalui SPayLater dengan ansuran 0% selama enam bulan serta PayLater by Grab dengan ansuran 0% selama empat bulan.

Sepanjang tempoh promosi yang sama, pelanggan yang menukar masuk telefon lama mereka di vivo Concept Stores juga boleh menikmati rebat tambahan sehingga RM100 melalui Program Trade-In, tertakluk kepada model terpilih dan terhad kepada 500 pelanggan terawal di seluruh negara. Semua promosi ini hanya tersedia di vivo Concept Stores terpilih di Malaysia.