JBL®, jenama audio gaya hidup global di bawah Harman International, membawakan pengalaman audio imersif mJBL®, jenama audio global di bawah Harman International, membawakan pengalaman audio hebat menerusi jerayawara City of Sound di One Utama dari 27 Mei hingga 2 Jun 2025. Acara ini menampilkan pelancaran produk terkini seperti JBL Tour One M3 Smart Tx, Flip 7 dan Charge 6, serta zon interaktif dan persembahan menarik untuk pengunjung mencuba sendiri kehebatan teknologi audio JBL.
Sorotan utama ialah JBL Tour One M3 Smart Tx, fon kepala atas telinga dengan teknologi Adaptive Noise Cancelling, Smart Talk, serta Bluetooth 5.3 LE Audio. Ia menawarkan sehingga 70 jam main balik dan dilengkapi Personi-Fi 2.0 untuk pengalaman mendengar yang diperibadikan.

Sementara itu, JBL Flip 7 dan Charge 6 hadir dengan AI Sound Boost, bass lebih mantap dan bunyi lebih jelas. Flip 7 menyokong 16 jam main balik, rekaan IP68 dan sambungan Auracast™, manakala Charge 6 menawarkan 28 jam bateri dengan USB-C power bank terbina dalam.
Turut ditampilkan ialah JBL Jr 320 dan Jr 320BT untuk kanak-kanak, dengan rekaan mesra pengguna dan had volum selamat. Menurut Grace Koh, pendekatan menyeluruh JBL dalam runcit, e-dagang, dan komuniti belia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama audio pilihan Gen Z di Malaysia.
Semua produk kini tersedia di Lazada, Shopee dan kedai utama seperti ALL IT, Urban Republic, Thundermatch, Harvey Norman dan banyak lagi. Maklumat lanjut di www.jblonlinestore.com.my. – Tehtariktimes